DIKPUL...DIKPUL...DIKPUL
Saya mula mendaftarkan Dikpul di AMPAC pada hujung tahun lepas. Itu pun setelah tertarik dengan tingkah laku seorang rakan yang dibawa balik oleh Dikpul. Khairi namanya...yang akhirnya saya gelarkan dia sebagai "Menantu IdamanKu" Budi bahasanya, sopan santun, menghormati orang tua dan menjaga solatnya.
Setelah bersembang panjang saya dan suami mengambil keputusan untuk mendaftarkan Dikpul di AMPAC. Bukan bermakna saya melepaskan tanggungjawab saya sebagai ibu dan sebagai ayah. Tapi kami mahu sentuhan Pihak Ketiga dalam mendidik anak remaja selain daripada sekolah yang menyediakan pendidikan formal, dan ternyata ianya berkesan.
AMAT BERKESAN.
Perubahan begitu ketara. Tak perlulah saya perincikan di sini.(Bimbang disalah ertikan oleh orang lain...dalam erti kata RIAK, Nauzubillah) tetapi percayalah sebagai seorang ibu saya rasa bersyukur sangat dengan perubahan-perubahan yang positif dalam diri Dikpul.
Sesekali saya mengusik anak yang seorang ni...memasak dah pandai, potensi diri dah mula menyerlah, aura positif dah banyak, ibu happy, ayah happy, Kak Dah happy, Dibah Happy, Dikya happy...so yang penting belajarlah sungguh2. Itu jer pelengkapnya...kalau nak jadi Menantu IdamanKu bagi ibu2 di luar sana. Harta boleh dicari...Budi pekerti belum tentu menjadi dengan sendiri...ingat tu...
Para ibu, saya bukanlah orang yang layak menasihati anda. Tetapi sesekali ingin berkongsi rasa dalam mendidik anak remaja. Tatkala anak2 di usia remaja mereka begitu fragile. Tak boleh terlalu bertegas dan jangan pula terlalu berlembut... Bila bersembang dengan rakan2...macam2 cerita saya dengar tentang anak remaja mereka. Ada yang positif dan ada yang negatif...dan ada pula yang tergamak kata " I dah give up dengan perangai anak I".. Sedih bila mendegarnya...kesian. Penat mengandung, letih berbadan dua sembilan bulan ke sana ke mari, sakit yang amat ketika melahirkan mereka... akhirnya kata-kata yang tak masuk akal itu keluar dari mulut seorang ibu... Anak merupakan cerminan pada kita ibu bapa. Mereka dilahirkan ibarat kain putih..( dah banyak dah kita baca ayat ni di mana-mana buku malah amat bersepah di internet.)
Sebagai ibu jangan cepat mengalah. Memang anak remaja banyak karenah. Apa salahnya kita turunkan sedikit ego kita, kita letakkan diri kita pada tahap mereka...ianya lebih mudah kerana kita pernah remaja. Kita pernah alaminya. Ingin berkawan, ingin bebas, ingin mencuba...semua ada...memberontak sama ada secara terbuka atau sebaliknya. Maafkan saya jika ada yang tersentuh rasa....
DIKPUL,
I'M PROUD TO BE YOUR MOM...
THANK YOU FOR BEING MY SON...