yea lah tu

Sabtu, 8 September 2012

Amanat Terakhir Ibu...


Dalam TIGA ada EMPAT...
Jika BERKEHENDAK pasti DAPAT

Pagi tadi 7 September 2012, setelah anak-anak usai membaca yassin, seorang ibu telah menyampaikan amanat terakhirnya. Ibu ini sangat mengambil berat tentang anak-anaknya yang akan menduduki peperiksaan. 





Anak-anak khusyuk mendengar. 


Mereka faham apa yang cuba ibu sampaikan.






Dengan tekun mereka mendengar kata nasihat dan amanat ibu.



Ibu sangat mengharapkan kejayaan 229 anak-anaknya.

Amanat ini juga turut menarik perhatian ibu-ibu dan ayah yang lain.


 
 



Mereka juga mengharapkan kejayaan anak-anak ini. 
Malah di tangan ibu-ibu inilah mereka dibelai dan dijaga. 




Setelah selesai amanat akhir ibu,ibu tiri ini pun memberikan taklimat ringkas aktiviti hari ini.




Mahu tak mahu  anak-anak kenalah ikut kehendak ibu tiri ini. 

Kerahan tenaga pun bermula.






Tidak kurang juga ibu-ibu tiri yang lain turut serta mengarah itu dan ini.



Tapi anak-anak tak kisah kena marah....
....sebab mereka suka kena marah...
....sebab mereka tahu MARAH TANDA SAYANG...











Tak cukup dengan anak-anak,  tukang kebun sekolah pun kena kerah sama....




Semua ini berlaku kerana ANAK-ANAKKU...CALON UPSR 2012...


SEMOGA BERJAYA. AMIN



"YOU ARE IN GOOD HANDS"kata Puan Rosnah Binti Hamzah, 
Guru Besar SK Jalan Enam kepada calon upsr 2012.


Khamis, 6 September 2012


Ada kasih minta dibelas...
Ada ilmu minta diikhlas...

Alhamdulillah…

Selesai sudah Majlis Solat Hajat Dan Restu Ilmu di SK Jalan Enam tepat jam 10.00 malam sebentar tadi. Solat Hajat ini diadakan di foyer sekolah dan tiga buah khemah tambahan telah di sewa khas untuk jemaah yang selebihnya.

Tahniah diucapkan kepada Panita Agama Islam yang terdiri daripada ustaz dan ustazah yang hebat yang diterajui oleh Cik Zaharah.

Imam solat hajat yang dijemput merupakan Imam di sebuah Masjid di Petaling Jaya. Muda dan kacak orangnya. Maaflah nama tak disertakan di sini maklum tak berapa nak focus tadi. 

Menjadi jurukamera yang tidak bertauliah memang selalu lebih sudu dari kuah…

Jemaah yang hadir lebih kurang 400 orang…ibu ayah dan anak-anak yang hadir di dahului dengan ucapan tahniah kerana inilah usaha akhir kita demi kejayaan anak-anak. Tak kurang juga yang menitiskan air mata terharu.
ibu bapa di foyer 

KA yang bersuara lunak

anak-anak di khemah

Usaha + Doa = Tawakal + Rehda

(dulu-dulu zaman sekolah menengah suka tulis ayat atas ni…tampalkan kat locker dorm siap colour-colour lagi…masa tu rasa dah cukup hebat..)

Beginilah lumrahnya, selepas diasak, disuap, disesah segala usaha yang kami lakukan demi anak-anak bangsa akhirnya disimpulkan dengan memohon restu ilmunya.

Macam-macam karenah anak-anak yang ingin menjadi remaja ini kami hadapi…
Yang pahit…
Yang manis…
Yang menarik…
Yang menggembirakan…
Tak kurang juga …
Yang memualkan…

Akhirnya semuanya dimaafkan, diikhlaskan …demi masa depan anak-anak ini.

Ayah mohon maaf dari guru…

Ibu mohon maaf dari guru…

Anak-anak didik memohon maaf dari ibu…

Guru juga memohon maaf dari ayah dan ibu anak-anak didik mereka.

Saling bermaafan. Saling mengikhlaskan. Saling merehdakan.
Memang sayu suasana.

Mudah-mudahan Allah swt perkenankan hajat dan doa kita semua. Amin.

***Bagi saya kecemerlangan itu bukan diukur berapa banyaknya jumlah calon UPSR 5A anak didik saya……tetapi kecemerlangan yang total ialah dengan lengkapnya akal budi mereka yang hebat suatu hari nanti. InsyAllah.

Selasa, 4 September 2012


SEDETIK DI AMBANG UPSR 2012

Semakin dekat peperiksaan ini. Semakin terasa debaran rasa hati. Mungkin ini kali pertama memegang amanah sebagai penyelaras aliran tahun 6. 229 orang calon UPSR SK Jalan Enam yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada 11/9 hingga 13/9 ini. Pelbagai program telah dijalankan sebagai usaha untuk meraih kejayaan. Pahit manis dari segala penjuru dilalui. Semua itu menjadi sebahagian pengalaman hidup saya. Menjadi panduan dan sempadan pada langkah masa hadapan.

Kerjaya saya sebagai guru sekolah rendah yang sentiasa dikelilingi oleh anak-anak berusia 7-12 tahun membuatkan terkadang saya rasa usia saya terhenti bersama usia kanak-kanak ini. 
( terasa sentiasa muda…cakap biar terang yea tak?)

Saya amat mengharapkan doa restu dari rakan taulan agar turut mendoakan kejayaan mereka.
Dari kepelbagaian latar belakang dan budaya keluarga, mereka disatukan di bawah satu bumbung. Sudah pasti beraneka ragam ceritera yang timbul. Saya dengan rasa rendah diri mewakili anak-anak ini memohon kemaafan kepada semua ibu bapa mereka, guru-guru mereka sekiranya anak-anak saya ini ( 229 orang) menguris hati dan menjeruk rasa. Halalkan makan minum mereka. Halalkan ilmu guru-guru yang  lama dan terbaharu. Sejak mereka mulai mengenal huruf hinggalah boleh membaca, menulis dan mengira.

Kepada rakan-rakan guru yang sama-sama sebahtera dan senakhoda terima kasih di atas kerjasama yang amat padu tanpa berbelah bagi turut menggembeleng tenaga mendidik mereka dan menjayakan segala program yang telah dirancang bersama. Semoga Allah swt jua membalas budi kalian.

guru kelas tahun 6, 2012

guru-guru mata pelajaran tahun 6, 2012
IKHLAS
PENYELARAS TAHUN 6/2012
SK JALAN ENAM 

Khamis, 15 Disember 2011

Aku kah? Dia Kah?

di mana bumi dipijak...
di situ langit dijunjung..


Tempo hari saya berkesempatan berjumpa sahabat-sahabat lama. 
Antara kami berempat  ni, saya lah yang paling baru (nak cakap muda malu, sebab dah tak berapa nak muda)…yealah semua dah bermenantu dan bercucu bagai..
Pertemuan itu membuka satu lagi dimensi dalam hidup saya..sama ada dalam posisi seorang guru mahupun ibu ataupun isteri. 
Serius banyak yang dibincang dan sembangkan. Sedikit sebanyak memang membantu saya…sangat-sangat membantu. Terima kasih sahabat…kalau dah berjumpa dengan ‘kitab tua’ (gelaran yang diberikan oleh mereka sendiri) memang tak akan rugi walaupun sedetik. 
Tapi bukan ini yang hendak saya kongsikan bersama untuk kali ini.

Pokok asal cerita ialah, perjalanan saya  ke Jalan Jaya 4,  tempat kami akan berjumpa.
Bertolak dari rumah pukul 6.30 petang, cuaca mendung hari tu.  Berpandukan PAPAGO! yang ada dalam HP saya menuju ke destinasi. Sebaik lepas tol kat The Mines tah apa nama tol tu, bateri hp habis.
Okay, hp bukan main smart tapi disebabkan owner yang tak berapa nak smart ni guna maka perjalanan saya terganggu. Disebabkan charge bateri hp ni biasanya sang suami yang jadi alarmnye maka terlupalah pulak yang suamiku itu out station, jadi tak siapa nak hairan nak chargekan hp..ini adalah salah satu punca yang menyebabkan kami “berbalas pantun”, apabila dia gagal menghubungi saya dengan alasan bateri hp habis…ok tersasar lagi topiknya…kembali semula….

Dek kerana hari sudah semakin gelap, dan saya pula rabun ayam…(marah ayam kalau tahu asyik salahkan dia je kalau rabun). Jadi saya ambil pendekatan yang biasa orang baya saya buat. Berhenti di stesen minyak dan tanya jer kat situ. Walaupun tak ada kaunter pertanyaan, mereka akan sudi melayan kita. Tambahan pula wajah mak cik2 macam saya.

Biasalah, malu bertanya sesat jalan. Untuk tidak sesat, maka saya bertanya.

Tumpang tanya yea, macam mana agaknya mak cik nak ke Jalan Jaya 4 dari sini?” tanya saya tanpa memandang tepat wajah adik pam minyak tu.

Oh! Jhalan Jhaya 4 ya.. Ibu kheluar simpang dhepan itu, terus ke dhepan laghi. Kurang lima menet, ibu jumpha lampu isyarat terus bhelok ke kiri. Ambhil lorong ke dhua, na di situ jhalannya.” jawab adik pam minyak bersungguh-sungguh sambil mengangkat2 tangan menunjukkan jalan.

Ketika mendengar penerangan adik pam minyak tu saya terasa seluruh muka ni macam mengembang, waktu yang sama dada saya terasa hangat(bukan marah)  Kedua cuping telinga saya pun terasa hangat dan perut terasa senak…boleh bayangkan betapa beranya saya.
Cepat-cepat ucap terima kasih kepada adik pam minyak tu dengan hanya melihat dari sisi mata sahaja dan masuk semula dalam kereta.

Dalam kereta terbarai ketawa saya dengan kuat…jangan salah faham, bukan ketawakan adik pam minyak..tetapi mentertawakan diri sendiri. Ok, saya terima satu tamparan yang hebat! Bagaimana mamat dari seberang lebih tahu dan mahir selok belok jalan di Malaysia ni berbanding saya?
Diakah pendatang dengan izin atau sayakah pendatang tanpa izin?  
Mula terasa macam pelancong asing yang hanya berbekalkan visa yang tamat tempoh. 
Betapa tidak mahirnya saya dengan jalan-jalan di tanahair sendiri. Ishk..ada peluang mencari ruang baik berjalan sendirian ni..atas tiket mengenali dan menghayati erti sebuah kasih sayang terhadap tanah air terchinta…
(boleh encik borhan?)

Saya pujuk diri sendiri, Malaysia pesat membangun jadi orang yang macam saya yang sentiasa ‘sibuk’ dalam radius saya tak berkesempatan nak tinjau-tinjau tempat lain.
Saya pujuk lagi diri saya, ya lah tak ada keperluan nak ke Bandar Tun Razak, jadi tak perlu nak tahu semua jalan.
Saya pujuk lagi sekali diri saya, mamat seberang tu memang tinggal kawasan tu tentulah dia lebih arif dengan jalan tu, cuba suro mamat tu cari jalan seri putra 6/6 belum tentu dia jumpa.

Akhirnya;
Kita cepat mengadaptasi dengan persekitaran jika terdesak, tapi bila berada dalam keselesaan kita mudah alpa.

*baru perasan lesen memandu tamat tempoh dari bulan mac lalu*


Sabtu, 10 Disember 2011

Pasangan Hidup.Siapa?

duduk sama rendah...
berdiri sama tinggi...

Ketika sibuk menulis buku teks KSSR: Dunia Sains dan Teknologi Tahun 2,(sudah berada di sekolah seluruh Malaysia dan akan digunapakai oleh anak-anak tahun 2/2012) saya berkesempatan untuk ke sebuah ladang ternakan di Semenyih.( atas bukit on the way ke Tesco Semenyih). 

Tujuan utama untuk mengambil gambar haiwan-haiwan yang akan saya jadikan subjek bagi penulisan saya.
Saya titipkan di sini beberapa keping gambar yang menarik perhatian saya.





terima kasih adah kerana snap pictures ini.

Bukanlah haiwan-haiwan ini yang akan menjadi topik bicarawara saya kali ini. 
Tapi temanya saya ambil dari gambar-gambar ini. Memandang  semula gambar-gambar ini, tercuit minda saya pada beberapa peristiwa yang saya lalui sepanjang beberapa bulan kebelakangan ini. Banyak mengisi ruang hidup saya menjangkau usia saya 40 tahun. 
Ada yang molek, ada yang pelik, tak kurang juga yang jelik; tapi bagi saya semuanya MENARIK.

KIita dijadikan oleh Maha Pencipta berpasang-pasangan. ( biasa  didengar… sangat biasa…)
Tapi adakah kita betul-betul memahaminya? Saya bawakan dua peristiwa ini..dengan izin.


Peristiwa 1:
Anak murid saya (perempuan) telah mendirikan rumah tangga dengan pasangannya  baru-baru ini, pasangan ini berusia 20 tahun. Berkawan dari sekolah rendah berakhir dijinjang pelamin. (pernah terbaca surat cinta mereka sewaktu spot check dulu…) 
Bermula dengan CINTA MONYETkata saya
Berakhir dengan CINTA GORILAkata pengantin lelaki …MENARIK?


*tak de dakwa dakwi yea Z&MR; kita dah bincang*

Peristiwa 2:
Anak murid saya (juga perempuan) mendirikan rumah tangga pada minggu pertama cuti sekolah.
Bila membaca SMS JEMPUTAN (..trend sekarang…) terkejut bila melihat nama pasangannya. 
Bukan seperti yang saya jangkakan. Ke mana perginya orang yang sepatutnya bergandingan dengannya di pelamin abadi itu? Walhal…sebelum ini mereka sangat popular berduet ke mana sahaja. 
Dari sekolah menengah rendah lagi…khabarnya…suka bergosip dengan si pengantin perempuan.
Saya mengusik dgn reply sms jemputan dengan Where is ur mr right?
 His gone with d wind..” jawab pengantin perempuan ini…MENARIK?

*tak de dakwa dakwi yea NZ&WAQ; dengan izin*


Dua PERISTIWA dalam TEMA yang sama. 


Kepada kedua pasang mempelai saya doakan kebahagian dan kesejahteraan buat kamu dalam melayari bahtera berumahtangga. 
Pelbagai warna dan rasa akan kalian tempoh. 
Kanan tidak sempurna tanpa yang kiri.
Kiri takkan lengkap tanpa yang kanan.
Amanah sama-sama kalian junjung.
Hormat sama-sama kalian kendung.


Ada pasangan suka sama suka. Pasti bahagia jika betul jalan dan caranya.


Ada pasangan saudara mara yang kenalkan. Syukur masih ada saudara mara yang mengambil berat, dan bukan pandang berat.


Ada pasangan ibu ayah yang carikan (semua anak perempuan Hj Jalaludin & Hjh Samiah), Insyallah kami bahagia dengan restu kedua orang tua. Itu yang paling utama. (Pesan ibu saya).



Akhirnya;

Apa pun JODOH bukan di tangan kita.
Tapi tak salah kita berdoa supaya si dia, atau si polan akan menjadi JODOH kita.
Kita pun jangan lupa…

"Di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ia menjadikan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri untuk kamu tinggal tenteram di sampingnya dan dijadikan di antara kamu kasih sayang dan belas kasihan. Semuanya itu menjadi tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir. "
(ar-Ruum:21)

sekian

*angkara tak tau nak buat apa..*






Ahad, 20 Februari 2011

AMPAC HEBAT

Malam semalam saya sekeluarga ke Kolej Darul Hikmah menyaksikan anak tuggal lelaki saya NUR SAIFUL AMREE BIN BORHAN (Dikpul)  menyampaikan pitadonya yang bertajuk "Selamatkan Gaza Boikot Israel". Pidato ini merupakan salah satu aktiviti yang dikendalikan oleh AMPAC. Sekalung tahniah saya ucapkan kepada kepada pihak AMPAC yang mampu menjadikan anak lelaki saya berani dan berkeyakinan diri berhadapan orang ramai. Saya dan suami agak terkejut dan tak sangka anak yang seorang ni begitu berkeyakinan tinggi apabila berbicara. Ramai lagi sebenarnya ampacers yang menyampaikan pidatonya pada malam itu. Mereka anak2 yang hebat. 





DIKPUL...DIKPUL...DIKPUL


Saya mula mendaftarkan Dikpul di AMPAC pada hujung tahun lepas. Itu pun setelah tertarik dengan tingkah laku seorang rakan yang dibawa balik oleh Dikpul. Khairi namanya...yang akhirnya saya gelarkan dia sebagai "Menantu IdamanKu" Budi bahasanya, sopan santun, menghormati orang tua dan menjaga solatnya. 


Setelah bersembang panjang saya dan suami mengambil keputusan untuk mendaftarkan Dikpul di AMPAC. Bukan bermakna saya melepaskan tanggungjawab saya sebagai ibu dan sebagai ayah. Tapi kami mahu sentuhan Pihak Ketiga dalam mendidik anak remaja selain daripada sekolah yang menyediakan pendidikan formal, dan ternyata ianya berkesan. 
AMAT BERKESAN. 

Perubahan begitu ketara. Tak perlulah saya perincikan di sini.(Bimbang disalah ertikan oleh orang lain...dalam erti kata RIAK, Nauzubillah) tetapi percayalah sebagai seorang ibu saya rasa bersyukur sangat dengan perubahan-perubahan yang positif dalam diri Dikpul. 


Sesekali saya mengusik anak yang seorang ni...memasak dah pandai, potensi diri dah mula menyerlah, aura positif dah banyak, ibu happy, ayah happy, Kak Dah happy, Dibah Happy, Dikya happy...so yang penting belajarlah sungguh2. Itu jer pelengkapnya...kalau nak jadi Menantu IdamanKu bagi ibu2 di luar sana. Harta boleh dicari...Budi pekerti belum tentu menjadi dengan sendiri...ingat tu...


Para ibu, saya bukanlah orang yang layak menasihati  anda. Tetapi sesekali ingin berkongsi rasa dalam mendidik anak remaja. Tatkala anak2 di usia remaja mereka begitu fragile. Tak boleh terlalu bertegas dan jangan pula terlalu berlembut... Bila bersembang dengan rakan2...macam2 cerita saya dengar tentang anak remaja mereka. Ada yang positif dan ada yang negatif...dan ada pula yang tergamak kata " I dah give up dengan perangai anak I".. Sedih bila mendegarnya...kesian. Penat mengandung, letih berbadan dua sembilan bulan ke sana ke mari, sakit yang amat ketika melahirkan mereka... akhirnya kata-kata yang tak masuk akal itu keluar dari mulut seorang ibu... Anak merupakan cerminan pada kita ibu bapa. Mereka dilahirkan ibarat kain putih..( dah banyak dah kita baca ayat ni di mana-mana buku malah amat bersepah di internet.)


Sebagai ibu jangan cepat mengalah. Memang anak remaja banyak karenah. Apa salahnya kita turunkan sedikit ego kita, kita letakkan diri kita pada tahap mereka...ianya lebih mudah kerana kita pernah remaja. Kita pernah alaminya. Ingin berkawan, ingin bebas, ingin mencuba...semua ada...memberontak sama ada secara terbuka atau sebaliknya. Maafkan saya jika ada yang tersentuh rasa....




DIKPUL,  
      I'M PROUD TO BE YOUR MOM...
               THANK YOU FOR BEING MY SON...



Ahad, 23 Januari 2011

Cermin Mata Oh Cermin Mata

petang tadi setelah habis berbincang mengenai projek penulisan buku  dengan cikgu iskandar seorang bekas guru yang menjadi penulis sepenuh masa, saya dan anak sulong saya terus ke BBB. buat cermin mata. kereta parking betul2 depan kedai kerana hujan sangat lebat. bila kaki melangkah masuk ke kedai cermin mata, saya disambut oleh seorang adik. Lembut orangnya, cantik wajahnya, bersih dengan bulu mata yang melentik. kagum bila melihat wajahnya yang bersih dari sebarang jerawat. saya dan anak saya buat cermin mata baru. yang lama dah tidak sesuai langsung dipakai. 


sedang seronok memilih bingkai dan bersembang saya terus bertanya macam mana adik manis ini menjaga kulit wajahnya.., sementara menunggu giliran anak saya diuji penglihatannya di dalam bilik....sembang punya sembang saya terus ambil nombor HP adik manis ini. Pandai berdandan rupanya, part time job mak andam. Hebat sungguh! saya tumpang bangga dan kagum kalau ada anak muda yang pandai mencari wang sendiri dengan kelebihan yang ada....


"akak pernah tengok cerita SUTUN?" itu pertanyaan adik manis ini. saya memang ikuti cerita tu. SUTUN dan SUTUN 2. cerita mengenai lelaki lembut... "ceritu itu, macam cerita saya. teruk saya kena pukul dengan ayah saya" saya hanya tenangkan adik manis ini. bagi saya tak kisahlah dia macam mana sekali pun asalkan pandai mengambil hati ibu ayah, hormat orang tua, jaga solat cukuplah...adik manis ni pernah kena hina dengan pelanggan yang datang ke kedai cermin mata tu...kesian pulak saya dengar.


sekali saya fikirkan tak ada salahnya adik manis tu. bukan dia minta pun jadi begitu. dan adik manis ni buka bapuk atau mak nyah yang kita selalu tengok tu...bapuk atau mak nyah ni adalah lelaki yang memang suka buat-buat tingkah laku perempuan. dengan suara yang di kepit-kepit. cara jalan yang saja dilengang lenggok ala-ala gerudi si inul tu..tak tahu kenapa masyarakat selalu pandang serong pada orang seperti adik manis ni.


pada pandangan saya lelaki lembut seperti adik manis ni ada dua jenis. satu cenderung kepada kecantikan wajah dan hiasan diri manakala satu lagi cenderung ke arah kemahiran memasak dan menghias rumah serta menggubah bunga. sekali saya fikir, kedua2 kecenderungan yang ada pada lelaki lembut ini saya tidak miliki jadi mengapa kita harus memandang mereka sebelah mata?

Anak Sulong Saya

Selepas SPM anak sulong saya merengek minta diberi peluang mengikut jejak langkah rakan2nya bekerja memandangkan bulan september baru panggilan masuk ke IPT. Saya hanya akan menghantarnya mengambil lesen memandu sahaja. Bukan  sengaja tak izinkan dia bekerja, tapi ada sebab yang paling utama adalah untuk memberi ruang dan peluang mendekati adik2nya, menghayati budaya dalam rumah saya...


Anak yang tinggal di SBP ni budayanya dibentuk dengan budaya rakan sebaya. saya tak tahulah pandangan ibu bapa yang lain. apa yang saya lihat anak saya ni lebih suka menyendiri dengan dunia dia, melayan segala gadget IT yang ada di rumah...lantas saya dan suami mengambil langkah awal dengan menghalang anak saya bekerja dan biar lebih rapat dan mesra dengan adik2nya yang lain. keakraban itu perlu saya wujudkan supaya dewasa kelak tak lah seorang ke timur dan yang lain2 ke barat....jadilah peranan saya dan suami.


Oleh kerana anak sulong saya ni, suka mengambil gambar dan berpossing hingga di depan tandas pun masih berposing, saya galakkan dia menulis buku kanak-kanak..gunakan gambar2 yang telah diambil. tak sangka pula dia setuju setelah berbalas pantun dengan hebatnya  di dapur tadi. 


Moral of the story, kadang2 kena juga bertegas dengan anak remaja....macam maian layang-layang, ada ketika saya tarik kuat, ada kala saya lepas tinggi, ada kalanya biar ia melayang....

dorongan yang kurang tepat

entah dari mana saya perolehi kekuatan untuk update bloh ...semuanya gara2 ada rakan ibu bapa anak2 murid yang hanya sebagai stalker bertanya apa sudah jadi dengan blog saya ini. sebenarnya menulis di blog ni sekadar suka2 dan menyambut cabaran anak2 sahaja untuk berkongsi pengalaman dengan ibu bapa dan anak murid saya sahaja. tak ada niat lain pun...jadi apabila masa dan kesibukan entah yang apa2 serta satu alasan yang tak mampu nak dinyatakan di sini makan saya pun menjadi peti pendingin beku...sejuk dan beku...


sekarang dah hampir sebulan anak2 mula masuk sekolah. saya diberi tanggungjawab untuk memberi sedikit taklimat ringkas berkenaan sains UPSR. biasalah bila dah pegang mikrofon...saya terasalah pulak menjadi ahli parlimen atau paling tidak pun wanita pertama di malaysia....semua itu tak lebih dari ditimpa perasaan. maka dengan tak fikir panjang mulalah bercerita serba sedikit hal anak2 dengan ibu bapa ni....


anak saya adibah berjaya mendapat 5A dalam UPSR yang lalu. sebagai ibu tumpang rasa bangga sahaja. tapi sepanjang perjalanan itu saya tak sangka dorongan saya menjadi padah pada anak saya. saya selalu menjanjikan kepadanya, jika keputusan yang cemerlang pasti akan di tempatkan di SBP atau MRSM. maka adibah menuntut janjinya. anak yang seorang ni keras hatinya, kalau kita kata hitam kemudian terjadi putih maka dia akan menuntut hitam juga. ....faham2 lah karenah anak berbeza antara satu sama lain....(bagaimanalah emak dan abah saya boleh tahan dengan karenah 5 orang adik beradik saya yang pelik2....)


adibah tak berjaya ke SBP dan MRSM....shafiq sahabat baiknya ke SBP dan raikal juga sahabat baiknya ke MRSM..maka menangislah si adibah hingga bengkak mata, tak nak makan dan mandi....berkurung dalam bilik...adibah menuduh saya tidak bercakap benar...(menipu) kerana saya pernah katakan padanya jika 5A UPSR, SBP atau MRSM pasti boleh dapat. sebenarnya itu semua hanyalah dorongan untuk dia berjaya. saya tidak mahu dia pikul beg sekolah pergi balik selama enam tahun di sekolah rendah dan akhirnya mendapat keputusan 5 A berdengung (5E)...


jadi moral of the story, sebagai ibu sepatutnya saya hanya galakkan dia terus berlajar dengan cemerlang tanpa janjikan apa2...kerana anak2 kecil ni dia tidak akan berfikir ke kiri atau ke kanan seperti kita orang dewasa...biar mereka belajar, kita galakkan mereka supaya jadi cemerlang. SBP atau MRSM tu hanyalah sebagai BONUS sahaja. yang belum tentu semua orang boleh dapat...


maka, saya balik ke rumah dengan kata-kata Puan Zainon GPK saya : Pesan pada anak awak Allah swt sudah aturkan semuanya yang terbaik untuk Adibah. Jadi Adibah kena sabar dan redha..ada hikmahnya semua ini.


adibah, ibu tahu kak dib akan baca blog ibu, jadi ibu harap kak dib faham semua ini. jangan putus asa. jauh lagi perjalanan kak dib. cuba ambil contoh abang epul, apa keadaan pun dia terima dengan hati terbuka...malah dia bersyukur bila ibu bersetuju untuk tidak menghantarnya ke sekolah teknik tu hari..ibu sebenarnya lebih gembira jika anak2 seusia remaja berada membesar di depann mata ibu ayah, kerana budaya di rumah yang ibu ayah nak serapkan pada kak dib dan adik beradik yang lain lebih mudah....
ambil pula contoh kak dah, yang 5 tahun duduk di SBP, budaya yang ada pada kak dah adalah budaya rakan sebaya...berbeza bukan?