yea lah tu

Jumaat, 30 Julai 2010

Tarian zapin

inilah hasil latihan yang menjadi kontroversi....banyak sok sek sok sek di sana sini....tapi tak lah semua yang begitu...ada yang tak kisah pun...tak tahulah saya di mana lah silap nyer... saya tak nampak pun mana silapnyer kalau mengajar tarian zapin. budaya melayu kita.... saya hanya menjalankan tanggujawab yang diamanahkan sahaja. tak lebih dari itu...mungkin ini kali terakhir kot saya melatih anak2 murid ini...lepas ni kalau diminta saya kenalah fikir dua tiga kali....


pada asalnya empat murid lelaki empat murid perempuan...kemudian adalah cerita sumbang sumbing, maka saya tukarkan kepada semua lelaki...tetapi bila ada yang bertanya saya katakan... murid perempuan tak pandai menari....alasan semata untuk tidak panjang cerita....
ini kali kedua saya latih murid menari zapin.......bagi saya semua guru sama, kalau kita tulis rekod mengajar, orang lain pun tulis jugak. kalau kita tanda buku murid, orang lain pun tanda juga, kalau kita mengajar, orang lain pun mengajar jugak...tapi apa yang membezakan antara satu guru dengan guru yang lain, apa nilai tambah yang ada pada kita? nilai tambah itulah yang susah nak cari dikalangan semua guru2 ini....kalau kita kata kita pandai dan hebat mengajar....berapa ramai anak murid kita dah dapat A? 100%?...itulah yang selalu saya fikirkan....
atas sebab itulah saya lebih suka banyak senyum dan sengih sekarang...

Khamis, 29 Julai 2010

open minded

bersms dengan rashid guru dari sk sg besi, seeorang guru yang lucu perwatakannya. apa sahaja yang keluar dari mulutnya pasti ada terselit kelucuan...teringat gang pkw zon pudu 2008-2009...
best betul ketik jadi ketua you all. tak langsung rasa stress...linda yang gila2 dan manja, kak wan yang humble, azuan yang punyai semangat ingin tahu.
yang lucu bila aktiviti indah di eagle ranch resort....sanggup menipu gara2 nak jadi juara....happening betul time tu...macam mana kita turut ke laut petang2....memang best...
tapi itu semua tinggal kenangan, antara kenangan yang manis mampu saya kenang. segala perbincangan kita sama ada yang ilmiah dan tak ilmiah semuanya dengan sikap open minded ...langsung tak ada prajudis... dan mungkin itulah kali terakhir kot saya rasakan begitu seronok untuk membincangkan sesuatu perkara....

double standard

Husna, asiyah, hanim, adibah, sabrina, fareshah, ain, aqila, athirah, amira; Terima kasih kerana peristiwa indah itu. tak sangka hati budi anak2 kecil ini begitu tinggi. berkongsi cerita, berkongsi gembira, berkongsi lara. terhibur rasa. buat kejutan sempena "..........................". semoga kalian beroleh kejayaan. ini doa cikgu. belajarlah bersungguh2. bukan untuk hari ini, bukan untuk nak lulus exam.tapi belajar untuk kelangsungan hidup. belajar untuk menempuh hari muka. kadang2 anak2 kecil ini lebih memahami. mereka tiada prasangka,m ereka tidak ada "double standard"....

Rabu, 28 Julai 2010

mata ganjaran??????

petang tadi belanja barang2 dapur di pasaraya bintang. dengan berbekalkan senarai barang yang panjang lebar saya dan dua anak saya menolak troli....rasa hairan juga bila melihat pasaraya yang selalu sibuk agak lengang, bukan setakan lengang dengan pelanggan sahaja tapi lengang dengan barang2 ( semua rak kelihatan kosong)...tak puas hati kerana barang2 yang saya perlukan tidak dapat saya beli saya bertanya pada juru wang di situ.jawapan yang di beri begitu ringkas. namun cukup memberi penjelasan " giant take over"...
saya terus menuju ke ke kaunter perkhidmatan pelanggan untuk menuntut mata ganjaran setelah taat setia berbelanja di situ selama 4 tahun...dengan hati yang girang gembira...(memikirkan ganjaran yang akan diperolehi) saya panggil anak2 untuk turut serta...perasan sangatlah nak dapat ganjaran yang besar atau paling tidak pun hebat sedikit...tapi akhirnya saya tersenyum sendiri bila mata ganjaran saya hanya mampu melayakkan saya mendapat sekotak sabun breez 3kg dan satu susu isian pekat carnation...anak2 rasa malu..."lain kali ibu pergi sendiri je lah kalau dapat hadiah" itulah kata2 kak dib sambil menolak troli yang penuh dengan barang...
kadang2 sebagai pengguna saya selalu begitu teruja dengan mata ganjaran yang ditawarkan oleh mana2 syarikat perniagaan tanpa memikirkan praktikal atau tidak sesuatu barang yang saya beli dengan mengharapkan mata ganjaran yang tidak setimpal dengan pembelian saya. sebagai pengguna saya seharus bijak menilai hal2 penipuan secara tak ketara ni...bak kata suami "buka tipu tapi tak cakap yang benar...."

pengarang vs penulis

seorang sahabat telah mengajar sesuatu pada saya pagi tadi. ketika bersembang di telefon. sahabat ni memang best..buah fikiran dia sentiasa pelik dari orang lain...yang buat saya tergiang2 hingga sekarang. iaitu antara perbezaan pengarang dan penulis...kebetulan topik yang kami sembangkan berkenaan dengan apa yang sedang kami lakukan. menurut kata sahabat saya ini, kalau pengarang tiada siapa pun boleh mengubah hasil tulisannya, tapi sebagai penulis pula kita hanya mampu menulis dan menterjemah apa yang diberi berdasarkan garis panduan tertentu, dan ianya boleh dibaiki oleh orang lain...begitulah serba ringkas penjelasan sahabat tadi....
walau apa pun, saya rasa sangat bertuah kerana dapat berkenalan dengan sahabat yang seorang ini...banyak idea dan buah fikiran serta luas pengalaman hidup...suka bercerita dan banyak teladan dan panduan dari setiap ceritanya...
dari seorang guru beliau berhenti dan menjadi penulis sepenuh masa...beliau dan isteri sangat berpengalaman...terima kasih cikgu iskandar....

facebook vs blogspot

lama sungguh tak buka facebook. banyak urusan sebenarnya, banyak program pun ya, campur dengan malas nak layan pun kadang2 ada juga...tapi bila berkunjung sebentar tadi ramai kawan rupanya yang sudi bertanya khabar berita. tak kurang juga yang mengambil berat...terima kasih kelton chee. seorang guru muda yang ada potensi untuk lebih bersinar dalam kerjaya perguruan ni...itulah kelton chee yang saya kenali..walaupun tak lama tapi mudah mesra...
facebook tu juga saya jumpai video ringkas rakaman dik pul dan dik ya...amboi..bukan main lagi..keletah anak2 ni...saya tak tahu adanya video tersebut sehinggalah kak dah call malam tadi maklumkan...hairan tak bercerita pun si dua beradik ni, takut saya marah agaknya..

laman sosial ni banyak juga faedahnya...tapi tak kurang juga buruknya...hakikatnya...laman tu sendiri tak ada membahayakan pun cuba manusia yang menggunakannya sahaja yang mencorak warnakan ia sama ada elok atau sebaliknya. jika digunakan dengan cara betul, maka betullah jadinya. jika digunakan dengan cara yang salah makan salahlah jadinya. yang pasti Allah swt berikan akal fikiran gunakanlah sewarasnya...sayang kalau kita tak gunakan akal dengan betul...melalui laman ni ramai kawan2 lama saya telah saya temui ..dari alam awal kanak2.. hingga la kawan terkini....walaupun sekadar bertanya khabar, sudah cukup membahagiakan bagi saya...

Isnin, 26 Julai 2010

kegilaan saya...

menonton cerita2 korea, taiwa, jepun memang kegilaan saya. dulu tak begini. dulu rakan2, begitu kelam kabut nak pulang ke rumah sebelum pukul 3. bila ada mesyuarat semua sudah resah gelisah, kerana penagan WINTER SONATA...kemuadian FULL HOUSE...
waktu itu saya langsung tak berkenan nak menonton. tapi entah macam mana, saya mula rasa jatuh cinta menonton cerita dari benua ini. 2 tahun lalu kak dah balik dari asrama sibuk menonton cerita BOYS OVER FLOWER dari youtube. saya hairan. bila saya cuba ikuti apa yang anak saya buat, sehingga sekarang, semua cerita di MYsoju.com, Viikii.net dah habis saya ikuti. sekarang saya hanya tonton 'ongoing' sahaja...bermakna cerita baru yang kena tunggu setiap minggu..
anak saya mula kesal kerana mengajak saya menonton cerita korea ni...ibu pulak yang lebih2 kan..
suami pun turut menegur...tapi saya hanya mampu tersenyum...
tapi sebenarnya kalau dilihat semula waktu yang telah saya gunakan untuk menonton semua cerita ini...sangatlah membazirnya waktu2 itu....bayangkan satu cerita 20 siri, 1 episode pula 1 jam. saya dah menonton lebih dari 200 cerita....tak bijak langsung gua masa...tetapi dalam waktu yang sama saya boleh buat kerja2 lain...kawan2 pun pelik bagaimana saya bahagikan masa....
sebenarnya saya selalu tidur lewat, sambil kerja2 tambahan sambil menonton cerita2 kegilaan saya....
saya naik treadmill laptob letak depan, so sambil berlari anak, sambil menonton cerita, sambil lipat kain sambil menonton cerita, sambil mencuci pakaian, sambil menonton cerita (bukan susah..pakaian masuk mesin basuh)....
saya ceritakan di sini untuk menjawab setiap soalan2 pelik dari kawan2....bila melakukan sesuatu dengan perasaan yang seronok apa sahaja yang kita lakukan akan menjadi mudah...tiada paksaan..

tahniah 6 iktibar...

saya ucapkan tahniah kepada anak2 murid 6 iktibar...hampir separuh daripada kelas ni lulus dalam mata pelajaran sains. pecah rekod tu!!!!! sebelum2 ni tak pernah lepas dari 4 orang...walaupun saya tahu tak ada seorang pun dalam kelas 6 iktibar ni akan baca blog saya, sebab kebanyakan mereka tidak ada komputer di rumah, dan kalau ke CC pun hanya main "game"( istilah anak2 ini)...
mereka buka buku hanya di sekolah sahaja. di rumah tak ada ulang kaji. terlalu bergantung dengan guru...puas diingatkan, tapi itu lah 6 iktibar...itulah anak murid saya...yang kadang2 ke sekolah tanpa sarapan pagi, tanpa wang saku...

mengamuk sakan...

memang cukup bengang dengan anak2 6 ikhtiar pagi tadi. tak tahulah angin apa yang datang, kebetulan tepat pada masa dan ketika...dah lama simpan, pagi tadi terlepas juga amarah dalam hati ni. kadang2 anak2 murid ni tak faham kenapa kita tegur. bagi mereka bila tegur makna marah, bila marah bermakna tak suka, bila tak suka makna tak sayang...susah nak tangani anak murid yang 40 orang ni. tu baru satu kelas, tak masuk 5 kelas yag lain....

teringat masa sekolah rendah dulu...pernah juga kena cubit di bawah ketiak oleh arwah cikgu orchid, gara-gara tak bawa baju PJ. masa tu darjah 1 hijau. wal hal cikgu orchid hanya berpayung dan berkaca mata hitam di bawah pokok bila mengajar PJ., dengan kebaya ketatnya....saya tak kisah pun. malah takut nak mengadu dengan emak, maklumlah kalau mengadu sudah tentu saya yang kena rotan...


Ahad, 25 Julai 2010

kawan dik pul

semalam dik pul bawa kawan-kawan pulang ke rumah. selepas kelas tambahan pmr. tiga orang semuanya kholigi, aniq, khairi. elok perangai budak-budak ni. saya menyambung semula kerja-kerja saya di tinggkat atas. sambil mencuri dengar tajuk perbualan anak2 remaja di bawah. dik pul memang tak pernah ajak kawan balik ke rumah. tak seperti kak dah...kak dah ramai kawan. selalu juga datang ke rumah bila cuti.

tergelak juga bila mendengar tajuk perbualann dik pul dengan kawan2nya. begitu rupanya mereka berbual. dengan suara yang serak, garau kuat sekali bila ketawa. tajuk yang hangat dibincang ialah sambutan karnival keushawanan akan berlangsung di sk jalan enam pd 31 julai ni. dik pul akan buka satu gerai. gerai silap mata. saja minta tolong dik pul. dia berkemahiran dalam magis ni.

jauh dalam hati rasa syukur sangat kerana dik pul pandai cari kawan. anak2 remaja yang bertandang ke rumah ni elok perangainya. cukup masa zohor mereka solat bersama. masuk waktu asar pun begitu.

dah lama sebenarnya nak tahu siapa kawan2 dik pul. selalu juga dia bersembang tentang kawan2 dan guru sekolahnya. cikgu rosmini, cikgu sulaiman..itu antara yang kerap diceritakan. kawan2nya pun selalu disebut2 tapi tak tahu yang mana budaknya. hinggalah semalam baru berpeluang bersua muka dengan anak2 ini. syukur sangat dik pul pandai pilih kawan.

sebagai ibu bapa kita harus tahu dengan siapa anak2 kita berkawan, ke mana anak2 kita pergi, apa anak2 kita buat, apa anak2 kita makan...jangan mudah percaya kata2 anak...perlu ada rasa cemburu dengan anak2..banyak contoh yang berlaku yang hanya mampu kita baca di dada2 akhbar...yang kadang2 terlintas terasa kesal perkara malang itu berlaku...kalaulah kita sentiasa mengambil tahu hal anak2, tentu perkara yang tidak diingini dapat kita elakkan...sekadar mengingatkan diri sendiri...

sikap anak murid saya

kadang-kadang sukar nak cakap, kalau kelas yang belakang belajar memang agak malas. tapi dengan guru sangat hormat. bila ditegur tak menjawab. tunduk saja. hingga kadang2 terasa kasihan melihat mereka ditegur selalu.
kalau kelas hadapan belajar memanglah bagus. tapi sikap sebenarnya kurang boleh dipuji. bila ditegur suka tunjuk muka seolah2 apa yang saya cakap tu tak betul. kalau setakat mencebik bibir dan menjeling mata bagilah pada mereka. pendek cerita perasan dah pandai dan berlagak. jika beri salam pun hanya pada guru yang mengajar mereka sahaja. guru yang lain jangan haraplah kan... walaupun tak semua tapi adalah yang selalu melukakan hati. memang terasa. hingga kadang2 terlintas difikiran....argh....tak perlu dinyatakan di sini...tapi entahlah...
inilah yang dibimbangi, keseimbangan itu tak ada. jika berlarutan tak tahulah macam mana kan...
itu anak orang...saya jaga anak saya...

baju raya...baju sekolah...

bila sebut Ramadahan...maka teringatkan arwah abah...arwah abah pergi meninggalkan kami sekeluarga 3 hari sebelum syawal...Tuhan sahaja yang tahu bagaimana perasaan rindu saya pada arwah abah. bayangkan sehingga sekarang sebenarnya saya masih menggunakan perkataan "abah" bagi merujuk kepada arwah abah ketika berbual bersama keluarga. terasa seperti abah ada bersama saya.

memandangkan tahun ini tahun peperiksaan bagi kami sekeluarga, maka suami saya telah membuat perisytiharan kepada anak2, sambutan bulan ramadhan diimarahkan...dan sambutan syawal di sederhana rendahkan...anak2 mengeluh...kata suami kalau boleh baju raya pun tak payah beli. pakai baju sekolah sebagai mengingatkan bahawa selepas raya UPSR kemudian PMR...tak lama tu SPM. hilang senyum anak2 mendengar perisytiharan si ayah.

dik ya, seperti biasa mula runsing. "kalau macam tu dik ya nak pakai apa? dik ya tak periksa", ayahnya tersenyum menjawab " dik ya pun kena pakai baju sekolah!"..." ayah pakai baju terbang ayah yang oren tu ya, ibu pakai name tag tau" selamba jawab dik ya sambil menghabiskan roti canai.. itulah anak2...tak tau kenapa bila kata naka sambut raya, tak fikir yang ramadhan belum bermula sibuk cerita pasal baju raya.

Alhamdulillah selesai juga...

setelah bertugkus lumus sehingga mengabaikan beberapa perkara selesai juga projek baru saya. kalau ada rezeki saya kali ini Alhamdulillah syukur kepada Allah swt. tapi jika sebaliknya...saya kenalah redha...mungkin bukan rezeki saya...indahnya hidup jika boleh selalu rasakan dan lakukan begini. Hope for the best, prepare for the worst....maka jadilah kita orang yang sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan...maniskan?
hari ini seharian mengemas rumah, kerja-kerja rutin yang telah saya abaikan hampir 2 minggu!!!!

suami beri arahan hari ni. arahannya saya kemas tingkat atas, suami kemas tingkat bawah. banyak kertas2 terpakai dan buku2 terpakai yang saya kumpulkan. pakaian sekeluarga pun dah meninggi gunung!!! tepat pukul 6 petang siap semuanya. bersih dan lapang rumah...tak masak pun hari ni...cik abang yang masak...seperti biasa....terima kasih abang.

kak dib baru balik dari lawatan ke MRSM...nampaknya semangat lain macam. elok juga program ni dibuat setiap tahun. beri suntikan semangat kepada calon2 upsr. balik2 aje terus tulis laporan lawatannya selama dua hari satu malam. selepas itu kak dib kena tulis catatan pula....tugas yang ayahnya berikan....tak tahulah anak yag sorang ni, semangat yer macam musim buah...ada kala elok menjadi..ada kala nyeman tak sudah. harapan saya biarlah kak dib dapat keputusan yang kak dib harapkan...nak paksa2 pun kesian tengok...doa sahaja yang boleh saya iringkan.

saya ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada guru2 yang sanggup meluangkan masa membawa anak saya ke MRSR Pasir Salak, Perak.. cikgu wahizah, cikgu fatimah, cikgu noriah, cikgu sariah, cikgu aznah, cikgu rozairi, cikgu amri. you all memang best!!!

Selasa, 13 Julai 2010

mini seminar siri 2

6 ikhtiar...cikgu tak berapa happy hari ni, kerana result keseluruhan tak berapa best kali ini....tak pastilah sama ada soalan aras tinggi atau anak-anak cikgu yang tak cukup ulangkaji...jangan harap di sekolah aje...di rumah pun kenalah buat latihan bersungguh-sungguh...tak lama jer lagi UPSR....emak ayah bukan main mengharap lagi semua berjaya...jadi jangan hampakan harapan emak ayah ya....

mesti kerja keras tau...terutamanya mata pelajaran sains. setiap kali post mortem cikgu naik malu la...tak ada tengkuk nak angkat muka...selalu sangat sains paling rendah jika banding dengan mata pelajaran lain. wal hal, awak boleh jawab dalam dwi bahasa. tak tahu nak susun ayat dalam BI belasah jer dalam BM. kalau dulu kata susah nak lulus, susah nak dapat A, sebab tak faham belajar dalam BI, tapi sekarang dah dwi bahasa pun tak kan tak boleh lulus atau dapat A kot?

tapi sebenarnya cikgu pun kesian gak kat awak semua....semua orang tekankan nak excellent jer kan...mesti nak 5A jer kan...nak buat macam mana ya...dah itu yang kita kena buat kan..kan..kan...

sebab itu cikgu sokong lah sangat kalau UPSR dan PMR dimansuhkan..tentu best kita belajar kan...tenty banyak aktiviti kita boleh buat kan...kan...kan...

letih...letih...

7-30 - 8-30 am : 6 iktibar
8.30 - 10.30 am: mini seminar upsr ( 6 ikhtiar)
10.30-1050 am: turun ke kantin ( sedih betul...dah tak ada apa yang boleh di makan...)
10.50-11.50 am: bincang dengan cikgu rozairie berkenaan tindakan susulan dan strategi mengatasi kelemahan mata pelajaran sains.
11.50-12.50 am: ambil murid latihan tarian zapin untuk perasmian karnival keushawanan.
pulang ke rumah: masak ( macam kartun) asal boleh dimakan oleh anak2. terus keluar semula ke dbp.
dr dbp ke sekolah semula mesyuarat. sebaik masuk bilik mesyuarat GB kata "Hah, panjang umur"...faham dah terlewat 30 minit sampai untuk mesyuarat pibg. tapi nasib baiklah mesyuarat mula lewat sedikit.

6.30 petang sampai di rumah. Subhanallah, letih sungguh rasa hari ini. tak mamapu pergi kelas malam, minta cikgu nadirin cari ganti. maaf ya nadirin.

bilasudah selesai mandi, solat, makan...terfikir juga saya....apa yang saya lalui hari ini sebenarnya baru sedikit sahaja...mungkin tak sampai pun 20% lelahnya rakan-rakan saya yang terpaksa turun naik bas dan lori, serta bersampan menuju ke sekolah di Sarawak sana....Hai, Maurin...lama tak dengar cerita....apa khabar agaknya di bumi kenyalang....

Ahad, 11 Julai 2010

saling melengkapi..

petang tadi saya dapat panggilan telefon dari seorang kawan lama, kami memang akrab. tak sangka tiba-tiba dia menelefon saya. banyak cerita yang kami sembangkan. dari hal kerja hinggalah rumah tangga dan anak2. bila saya tanyakan kepadanya bagaimana keadaan suaminya, sebab kali terakhir saya dengar suaminya sakit dan masuk hospital tawakal.tiba-tiba saya dengar suara sahabat saya ni tersekat-sekat. saya jadi serba salah seketika. sahabat saya menceritakan yang dia sedang menghadapi masalah rumah tanggga. dengan suami selalu bergaduh, ada sahaja yang tak kena. saya hanya setia mendengar. biarlah dia terus bercerita sekurang-kurangnya apa yang terbuku di hati dilepaskannya jua. sebagai sahabat saya hanya mampu minta dia bersabar dan fikirkan anak2 dengan apa jua tindakan yang hendak dibuat. kerana apabila kita tak rasional keputusan yang akan kita ambil akan membawa padah pada diri kita sendiri. setelah hampir sejam bersembang di telefon saya berjanji akan berjumpa dengannya pada hari rabu ini. walaupun saya tidak dapat membantu sekurang-kurangnya biarlah sahabat saya ini tahu saya ada bersamanya ketika dia bersedih.

dari apa yang berlaku petang tadi, saya teringatkan pesanan arwah abah ketika saya mula2 mendirikan rumah tangga 18 tahun yang lalu. waktu seminggu lagi naik cuti sekolah akhir tahun, arwah abah kata; suami isteri ni ibarat tangan kanan dan kiri, saling melengkapi. kukuh atau tidak rumah tangga tu peranan kedua-dua belah tangan kanan dan kiri. kita semua tidak sempurna. jadi suami tak sempurna, isteri pun tak sempurna. semua orang ada kekurangan. kalau eba ( panggilan arwah apa pada saya ) tengok borhan tu ada yang kurang dan tak puas hati bawa berbincang. jadikan apa yang eba rasa kurangnya borhan sebagai satu kelebihan yang orang lain tak ada. anggaplah kekurangan itu sebagai suatu keistimewaan yang hanya borhan aje yang ada, begitu juga sebaliknya borhan. pesanan inilah yang menjadi azimat pada saya dan suami hingga kini.

pesanan arwah abah ini jugalah yang saya ingin sampaikan kepada sahabat saya ini, tapi tidak kesampaian kerana hebat benar tanggungan perasaannya petang tadi.

rindu dengan arwah abah...Al-Fatihah...

lauk ulangan...

saya ke taklimat penulisan pagi tadi di DBP. jadi urusan rumah suami yang ambil. sebenarnya dalam seminggu ni agak sibuk, jadi setiap kali sibuk suamilah lah yang ambil alih mebguruskan semuanya. dari dapur hingga luar rumah, dari tingkat atas hinggalah ke tinggak bawah. seronok juga kadang-kadang.
khamis lepas suami off duty, so balik dari sekolah saya dan anak-anak tinggal cuci tangan dan duduk di meja makan...lauk yang suami masak hari tu, ayam campur nangka masak lemah cili api, sambal tumis udang campur petai, telur bistik dan sayur kangkung goreng...berselera kami makan....
jadi bila balik dari taklimat lebih kurang pukul 2.30 petang,suami kata dia dan anak2 dah makan, so kalau saya belum makan, ambil sendiri di dapur. dengan perut yang memang dah lapar terus tuju ke dapur. bila buka periuk, lauk yang sama dengan lauk hari khamis.
- abang, napa serupa jer lauk ni dengan lauk hari kkhamis?
- lauk ulangan tu nama nyer...(selamba jawab suami dari depan)
geleng kepala saya, suami saya ni pantang kena puji, kalau kita puji lauk yang dia masak sedap..maka lauk tu yang diulang-ulangnya masak...jadi macam mana? nak kata tak sedap takut kecil hati...

sinonim...

kelas malam tahun 4, bahasa melayu diajar oleh cikgu salmie, dik ya( anak bongsu saya)belajar perkataan sinonim. cikgu salmie memberikan beberapa perkataan dan murid-murid diminta memberikan sinonim bagi perkataan2 tersebut.
- siapa tahu apakah sinonim perkataan UZUR ?
- saya tahu cikgu...( jawab si anak)
- baik apa maksudnya alleya?
- period cikgu!

gelak besar saya dan suami bila mendegar cerita ini. salah saya juga, bila di rumah bila keadaan tak mengizinkan untuk solat saya kataka saya tak sihat, bila anak tanya kenapa tak sihat tak boleh solat, saya berikan pula jawapan saya uzur, bila anak kata kenapa uzur tak jumpa doktor, saya jawab uzur tu maknanya ibu period tak boleh solat...kadang-kadang terlalu berselindung sangat dengan anak pun tak boleh...terfikir juga alangkah baiknya pendidikan sex itu diperkenalkan di sekolah. tapi orang banyak salah faham berkenaan dengan isu ini.

algeBra....

jam 8.00mlm tadi mengadap dik pul dan kak dibah mengulangkaji pelajaran. tahun ni tiga orang anak saya akan menduduki peperiksaan, spm, pmr dan upsr. kak dah besekolah di SEMASHUR. kira dah lepaslah yang seorang tu, sebab tinggal di asrama...dah memang dah nampak seriusnya dia belajar, kurang sikit rasa bimbang. tapi yang bujang seorang ni, pmr tak lama lagi, tapi penguasaan terhadap pembelajaran sederhana sangat, bimbang juga. jadi setelah bincang dengan suami, suami bersetuju untuk duduk bersama belajar dengan dik pul. apa yang ibu ajar, itulah yang ayah dan dik pul kena belajar. tajuk malam ni algebra...
- ok dik pul, kita ulang kaji tajuk algebra malam ni...
- ayoh...tak tau...ibu cakap yang tak baik...(menyampuk si bongsu)
- apasal pulak? (aku terkejut tiba2 dik ya tunding jari ke arah saya)
- ibu cakap BRA ayah.....ibu tak malu...( bagi si bongsu perkataan bra, anak baju, segala pakaian dalam tak boleh sebut kuat-kuat...katanya Tak Baik...)
tak tahu lah mana belajar..

Sabtu, 10 Julai 2010

west to east vs east to west

sedang sibuk membetulkan manuskrip di tingkat atas kedengaran suara suami bersungguh-sungguh membantu kak dib (anak ketiga, 12 tahun) menerangkan satu soalan sains yang tidak berapa nak di fahami.
- ayah, kalau bumi berputar from west to east kenapa matahari kita nampak rise from east to west?
- oh..tu senang jer, macam ni tengok tangan ayah...
(tak dapat dibayangkan apa yang dibuat dengan tangannya)
-kalau bumi berada dalam kecondongan bla...bla...maka longlitute..bla..bla... dan latitute...bla...bla...
(nak tergelak pun ada bila mendengar penjelasan suami yang panjang lebar, yang sebenarnya tak ada kaitan langsung dengan soalan si anak)
- oh...kita tak faham lagi lah ayah...
- hai tak kan tak faham lagi, ayah dah terangkan panjang lebar tadi tak faham jugak?
senang jer...kalau bumi berputar dari barat ke timur tentulah kita nampak matahari terbit sebelah timur dan terbenam di sebelah barat..sebab mataharikan tak bergerak...
- entah kak dibah ni..kalau matahari terbit sebelah barat kiamatlah dunia ni...kan ayah...(menyampuk si bongsu.)
ketawa besar mendengar dialog malam kelmarin. si bongsu ni memang agak lurus orangnya.

Jumaat, 9 Julai 2010

peribahasa vs perlibahasa

Semalam sembang dengan dik pul ( anak kedua, 15 tahun), bincang pasal peribahasa melayu…Ibu tahu apa maksud bodoh-bodoh alang?. Antara acuh tak acuh ku berikan jawapannya…orang yang agak lurus bendul…yang tak berapa sensitive dengan persekitarannya. Habis tu apa pula maksud alang-alang bodoh? Tanya dik pul lagi. Macam dah terasa ajer akan kena main balik dengan si anak yang sorang ni…sebab dah masak benar sikap dan keletahnya…sebijik perangai ayahnya, yang suka mengusik. mana ibu tau…alah senang jer kalau dah alang-alang bodoh, biar bodoh betul…hah!!! Dah ku jangka jawapan memang nak kena cubit…dik ya (anak bongsu,10 tahun) yang lagi tadi mendengar dengan bersungguh-sungguh turut menyampuk, oh! Macam alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke hujung lengan ya ibu??...alamak apa sudah jadi dengan anak-anakku ini….inilah sebabnya mengapa dasar BMB dan BMI itu perlu dilaksanakan sungguh-sungguh…kecelaruan bahasa anak-anakku ini rupanya…

dynamo...dynamo..

Mengajar 5 ikhlas….hai..macam mana nak cakap…memang betul-betul kena ikhlas kan diri lah…latihan memang tak boleh banyak..homework..sekali seminggu kot boleh diberi. Hai anak-anak, masih tidur lagi…namun begitu ada juga yang sudah mula bangun dari tidur…Cuma kasihankan mereka selalu diganggu oleh rakan yang masih tidur..lawak kurang bijak hari ini…cikgu, dynamo tu yang macam sabun basuh tu kan?? Itulah shahrul idham….nak dimarah kesian, nak dicubit, sayang. Wal hal sudah diajar dan ditunjuk lagi yang mana satu dynamo..tajuk ni dah jauh ditinggalkan…tiba-tiba timbul lawak kejam kurang bijak ni.
Lepas ni satu kelas lagi, 5 ikram…yang ni pun lebih kurang sama…Cuma masih ada kehendak untuk belajar...

Khamis, 8 Julai 2010

komen anak-anak

"apalah ibu skema nyer ayat"...begitulah anak remaja sekarang...bab mengayat mereka tak sama dengan bab mengayat kita...tak apalah ini ayat-ayat orang tua..ayat anak-anak muda tak pandai ibu nak ikut sangat...kalau sms pun selalu kena gelak. "ibu eja macam menulis buku teks"...nak buat macam mana tak berapa pandai nak ringkas...nanti ibu belajar....bina blog ni pun sekadar menyahut cabaran jer dari kak dah...ibu tau kak dah dah mula baca blog ibu ni...apa macam any komen????

mat bangla berkaca mata...

yang sorang ni memang ligat macam gasing. kejap dah ada kat tingkat satu, kejap dah ada kat tingkat tiga...bila call...rozairi kat mana??? kejap dah ada depan mata...rajin sungguh mat bangla(gelaran yang rozairi sendiri beri pada dirinya)yang sorang ni. seorang setiausaha panitia yang sentiasa berusaha...hah...dah puji ni, ingat-ingat la sikit mini seminar siri ke 2 giliran awak pulak sedia bahan ya..berat tanggungjawab kita ni..panitia lain boleh angkat kepala bila postmortem ...kita macam mana asyik tunduk menatap bumi jer setiap kali postmortem ni...satu penyiksaan bila kata ada postmortem...kali ni mat bangla pulak beri ulasan..boleh????

macam mana tu??? siapa nak jawab????

karnival keushawanan semakin hampir...upsr pun semakin dekat...macam mana tu??? siapa nak jawab....latihan tarian zapin belum lagi mula,yang boleh menari belum lagi dicari, mini seminar upsr selasa dan rabu, latih tubi dan gerak gempur upsr sedang merancak...macam mana tu??? Siapa nak jawab??? banyak lagi tugas-tugas lain...tapi kalau di senarai panjang memang akan jadi panjanglah ceritanya... pokok pangkalnya hati, kalau happy maka happy lah kita, kalau belum buat kerja dah kata ala...leceh...herm...susah mau cerita la....tahniah untuk cikgu najib, tak banyak cakap tapi rancak buat kerja...you are the best!!!

ulangkaji..ulangkaji..ulangkaji...

tentu murid-murid dari 6 ikhtiar terasa bosan dengan kata-kata ini...tapi nak buat macam mana anak-anakku sayang...upsr tak lama lagi...lebih kurang sebulan tolak makan, minum, main, tidur...hari ni terasa puashati mengajar. walaupun entah apa-apa lah yang dibebelkan. yang hairan bila tanya faham ke semua? faham cikgu!!! mudah betul menjawab lepas tu ulang semula soalan yang sama,,jawapan tetap salah...betul tak Zaim??? kena sebut nama-nama anak-anak ni...kalau tidak merajuk la pulakkan...syafiq hari tidur dalam kelas...bila tanya mengantuk ke?..sedap je jawab mana ada cikgu...abdurrahman esok-esok tak payah angakat tangan...beri peluang kawan lain nak jawab pula...barisan cik kiah...esok ubah tempat kalau tidak kapal karam sebelah kanan...faham maksud cikgu kan...husna dan hanim kena ubah tempat kalau tak awak berdua ke laut nan biru....ok...ainul jangan main mata dengan lokman ya...nanti mata tembet...lepas ni cikgu janji semua nama ada dalam blog cikgu ni...

Rabu, 7 Julai 2010

kelas tambahan hari rabu...

2.30 - 4.00 petang ni kelas tambahan tahun 6.terasa lelah juga sebenarnya hendak menyambung kelas. sementara menunggu waktu kelas lepak-lepak hujung bangunan bawah pokok, cuaca redup hari ini. suatu situasi yang berbeza sebenarnya jika dibandingkan ketika bertugas di Kuala Lumpur. 18 tahun mengajar di Kuala Lumpur. suasana tidak sedamai di sekolah ini. dikelilingi pokok dan kawasan sekolah yang luas..ada tujuh buah taman mini di sekitar sekolah. sangat menarik.siapa sangka di bawah pokok ini pun masih mampu berkongsi rasa di sini. anak-anak di sini, sangat bergantung kepada guru-guru sekolah ini. mereka tidak ke kelas tution selepas sekolah. dan satu pegalaman yang cukup indah apabila dapat berganding bahu dengan kak timah, kak wahizah, kak nory, kak ina, kak min, adik syikin dan adik rozairi untuk meningkatkan prestasi upsr 2010 sekolah ini. lain rumah, lain lantainya, lain tempat, lain anginnya.

doa buat anak di ulu....

entah apalah kisahnya seorang anak yang di ulu itu. emosinya sentiasa bergelora. ada kala tinggi menggunung, ada kala berombak menggulung, meniti usia remaja lagaknya. Doaku pada anak yang di ulu semoga Allah lapangkan dada, tajamkan akal, berkati segala usaha, taat ibu bapa , hormati guru, berbaik sangka dengan rakan dan saudara. Boleh kak dah?????

Kunjungan Pentaksir Kawasan PBS PEKA Sais

alhamdulillah, selesai satu tugas yang diamanahkan. menyedia dan menyelesaikan dokumentasi dalam fail PEKA Sains mengambil masa. Melaksanakan Peka memang tak jadi masalah. tetapi kerja-kerja selepas itu yang membuatkan hati ini meronta-ronta nak marah tapi tak tahu pada siapa. sebenarnya perkara ini boleh dipermudahkan dan mengurangkan kerja-kerja "pengkeranian". walapun kunjungan tadi tidak langsung membawa sebarang masalah dan tidak ada perselisihan skor serta komen yang sangat baik diberikan oleh Pentaksir Kawasan Puan Asah dari SK Kantan Permai..namun begitu, dalam hati masih ada rasa tidak puas hati dengan kerja-kerja pengkeranian ini. tumpuan pada kelas agak terganggu. kesian anak-anak didik yang terpaksa merasa akan ketengangan perasaanku di dalam bilik darjah. anak-anak 5 Ikhtiar dan 6 Ikhwan maaf cikgu pinta.