yea lah tu

Ahad, 11 Julai 2010

saling melengkapi..

petang tadi saya dapat panggilan telefon dari seorang kawan lama, kami memang akrab. tak sangka tiba-tiba dia menelefon saya. banyak cerita yang kami sembangkan. dari hal kerja hinggalah rumah tangga dan anak2. bila saya tanyakan kepadanya bagaimana keadaan suaminya, sebab kali terakhir saya dengar suaminya sakit dan masuk hospital tawakal.tiba-tiba saya dengar suara sahabat saya ni tersekat-sekat. saya jadi serba salah seketika. sahabat saya menceritakan yang dia sedang menghadapi masalah rumah tanggga. dengan suami selalu bergaduh, ada sahaja yang tak kena. saya hanya setia mendengar. biarlah dia terus bercerita sekurang-kurangnya apa yang terbuku di hati dilepaskannya jua. sebagai sahabat saya hanya mampu minta dia bersabar dan fikirkan anak2 dengan apa jua tindakan yang hendak dibuat. kerana apabila kita tak rasional keputusan yang akan kita ambil akan membawa padah pada diri kita sendiri. setelah hampir sejam bersembang di telefon saya berjanji akan berjumpa dengannya pada hari rabu ini. walaupun saya tidak dapat membantu sekurang-kurangnya biarlah sahabat saya ini tahu saya ada bersamanya ketika dia bersedih.

dari apa yang berlaku petang tadi, saya teringatkan pesanan arwah abah ketika saya mula2 mendirikan rumah tangga 18 tahun yang lalu. waktu seminggu lagi naik cuti sekolah akhir tahun, arwah abah kata; suami isteri ni ibarat tangan kanan dan kiri, saling melengkapi. kukuh atau tidak rumah tangga tu peranan kedua-dua belah tangan kanan dan kiri. kita semua tidak sempurna. jadi suami tak sempurna, isteri pun tak sempurna. semua orang ada kekurangan. kalau eba ( panggilan arwah apa pada saya ) tengok borhan tu ada yang kurang dan tak puas hati bawa berbincang. jadikan apa yang eba rasa kurangnya borhan sebagai satu kelebihan yang orang lain tak ada. anggaplah kekurangan itu sebagai suatu keistimewaan yang hanya borhan aje yang ada, begitu juga sebaliknya borhan. pesanan inilah yang menjadi azimat pada saya dan suami hingga kini.

pesanan arwah abah ini jugalah yang saya ingin sampaikan kepada sahabat saya ini, tapi tidak kesampaian kerana hebat benar tanggungan perasaannya petang tadi.

rindu dengan arwah abah...Al-Fatihah...