yea lah tu

Rabu, 1 September 2010

lama sungguh tak update...

lama sungguh tak update...banyak kerja-kerja lain yang lebih utama hingga tak sempat nak update bolg dengan cerita-cerita saya...tak terlambat rasanya untuk megucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua.(perasan la macam ada yang membaca blog ni...)...
hari raya tak berapa hari sahaja lagi. persiapan menyambut raya masih 20% sahaja. belum berkesempatan...mungkin minggu depan setelah semua anak bercuti baru boleh membeli sedikit baju raya. kuih raya yang telah ditempah pun sudah habis di makan oleh anak2. itu yang memeningkan kepala. puaslah di sorok2..tapi bila suami berkeras menyuruh berikan pada anak2...saya turutkan juga. katanya " kuih raya dibeli untuk dimakan, bukan untuk di simpan, bila habis nanti beli yang lain atau adek( gelaran suami pada saya) aje yang buat. bila lagi nak tunjuk bakat buat kuih...sejak dari mula khawin hingga sekarang tak pernah tengok pun kuih raya adek, bila lagi nak tunjuk bakat?"....satu tamparan hebat buat saya...ya betul juga kata2 suami tu. saya memang tak pandai buat kuih-muih. apatah lagi kuih raya. pernah cuba tapi tak menjadi....bakat saya di tempat lain...bukan di dapur kot....kalau masak setakat boleh kenyang sudah cukup bagi saya, masakan berlemah dan bersantan memang jarang saya masak, tak laku.
anak2 dan suami suka sambal tumis, jadi sepanjang berpuasa ni sambal memanjang...sambal tumis ikan bilis, sambal tumis sotong, sambal tumis udang, sambal tumis daging, sambal tumis ayam, sambal tumis ketak, sambal tumis kupang, sambal tumis lala, sambal tumis kerang....bila dh tak tau nak buat sambal tumis apa lagi, saya ulang semula dengan sambal tumis ikan bilis begitu lah turutannya....lauk wajib ni mesti ada atas meja, selain lauk iringan yang lain....setiap kali awal puasa kena buat jemput-jemput ikan bilis....nak tengok suami makan dengan berseleranya masa inilah...sambil makan mesti buka cerita zaman kanak2nya.... bagaimana dia dibesarkan oleh arwah neneknya dengan sambal tumis ikan bilis dan jemput-jemput ikan bilis...anak2 naik hafal cerita itu...kerana tanpa jemu suami akan mengulang cerita yang sama setiap kali berbuka hari pertama puasa.
kami orang johor, jadi masakan pedas, masam dan masin sudah jadi makanan kami sekeluarga. jadi tak jadi masalah bagi saya untuk menyediakan juadah berbuka, sayur pun setakat bening je..mudah sangat. ya lah setakat orang yang tak ada bakat masak macam saya perkara ini tak ada jadi masalah langsung.