yea lah tu

Khamis, 15 Disember 2011

Aku kah? Dia Kah?

di mana bumi dipijak...
di situ langit dijunjung..


Tempo hari saya berkesempatan berjumpa sahabat-sahabat lama. 
Antara kami berempat  ni, saya lah yang paling baru (nak cakap muda malu, sebab dah tak berapa nak muda)…yealah semua dah bermenantu dan bercucu bagai..
Pertemuan itu membuka satu lagi dimensi dalam hidup saya..sama ada dalam posisi seorang guru mahupun ibu ataupun isteri. 
Serius banyak yang dibincang dan sembangkan. Sedikit sebanyak memang membantu saya…sangat-sangat membantu. Terima kasih sahabat…kalau dah berjumpa dengan ‘kitab tua’ (gelaran yang diberikan oleh mereka sendiri) memang tak akan rugi walaupun sedetik. 
Tapi bukan ini yang hendak saya kongsikan bersama untuk kali ini.

Pokok asal cerita ialah, perjalanan saya  ke Jalan Jaya 4,  tempat kami akan berjumpa.
Bertolak dari rumah pukul 6.30 petang, cuaca mendung hari tu.  Berpandukan PAPAGO! yang ada dalam HP saya menuju ke destinasi. Sebaik lepas tol kat The Mines tah apa nama tol tu, bateri hp habis.
Okay, hp bukan main smart tapi disebabkan owner yang tak berapa nak smart ni guna maka perjalanan saya terganggu. Disebabkan charge bateri hp ni biasanya sang suami yang jadi alarmnye maka terlupalah pulak yang suamiku itu out station, jadi tak siapa nak hairan nak chargekan hp..ini adalah salah satu punca yang menyebabkan kami “berbalas pantun”, apabila dia gagal menghubungi saya dengan alasan bateri hp habis…ok tersasar lagi topiknya…kembali semula….

Dek kerana hari sudah semakin gelap, dan saya pula rabun ayam…(marah ayam kalau tahu asyik salahkan dia je kalau rabun). Jadi saya ambil pendekatan yang biasa orang baya saya buat. Berhenti di stesen minyak dan tanya jer kat situ. Walaupun tak ada kaunter pertanyaan, mereka akan sudi melayan kita. Tambahan pula wajah mak cik2 macam saya.

Biasalah, malu bertanya sesat jalan. Untuk tidak sesat, maka saya bertanya.

Tumpang tanya yea, macam mana agaknya mak cik nak ke Jalan Jaya 4 dari sini?” tanya saya tanpa memandang tepat wajah adik pam minyak tu.

Oh! Jhalan Jhaya 4 ya.. Ibu kheluar simpang dhepan itu, terus ke dhepan laghi. Kurang lima menet, ibu jumpha lampu isyarat terus bhelok ke kiri. Ambhil lorong ke dhua, na di situ jhalannya.” jawab adik pam minyak bersungguh-sungguh sambil mengangkat2 tangan menunjukkan jalan.

Ketika mendengar penerangan adik pam minyak tu saya terasa seluruh muka ni macam mengembang, waktu yang sama dada saya terasa hangat(bukan marah)  Kedua cuping telinga saya pun terasa hangat dan perut terasa senak…boleh bayangkan betapa beranya saya.
Cepat-cepat ucap terima kasih kepada adik pam minyak tu dengan hanya melihat dari sisi mata sahaja dan masuk semula dalam kereta.

Dalam kereta terbarai ketawa saya dengan kuat…jangan salah faham, bukan ketawakan adik pam minyak..tetapi mentertawakan diri sendiri. Ok, saya terima satu tamparan yang hebat! Bagaimana mamat dari seberang lebih tahu dan mahir selok belok jalan di Malaysia ni berbanding saya?
Diakah pendatang dengan izin atau sayakah pendatang tanpa izin?  
Mula terasa macam pelancong asing yang hanya berbekalkan visa yang tamat tempoh. 
Betapa tidak mahirnya saya dengan jalan-jalan di tanahair sendiri. Ishk..ada peluang mencari ruang baik berjalan sendirian ni..atas tiket mengenali dan menghayati erti sebuah kasih sayang terhadap tanah air terchinta…
(boleh encik borhan?)

Saya pujuk diri sendiri, Malaysia pesat membangun jadi orang yang macam saya yang sentiasa ‘sibuk’ dalam radius saya tak berkesempatan nak tinjau-tinjau tempat lain.
Saya pujuk lagi diri saya, ya lah tak ada keperluan nak ke Bandar Tun Razak, jadi tak perlu nak tahu semua jalan.
Saya pujuk lagi sekali diri saya, mamat seberang tu memang tinggal kawasan tu tentulah dia lebih arif dengan jalan tu, cuba suro mamat tu cari jalan seri putra 6/6 belum tentu dia jumpa.

Akhirnya;
Kita cepat mengadaptasi dengan persekitaran jika terdesak, tapi bila berada dalam keselesaan kita mudah alpa.

*baru perasan lesen memandu tamat tempoh dari bulan mac lalu*


Sabtu, 10 Disember 2011

Pasangan Hidup.Siapa?

duduk sama rendah...
berdiri sama tinggi...

Ketika sibuk menulis buku teks KSSR: Dunia Sains dan Teknologi Tahun 2,(sudah berada di sekolah seluruh Malaysia dan akan digunapakai oleh anak-anak tahun 2/2012) saya berkesempatan untuk ke sebuah ladang ternakan di Semenyih.( atas bukit on the way ke Tesco Semenyih). 

Tujuan utama untuk mengambil gambar haiwan-haiwan yang akan saya jadikan subjek bagi penulisan saya.
Saya titipkan di sini beberapa keping gambar yang menarik perhatian saya.





terima kasih adah kerana snap pictures ini.

Bukanlah haiwan-haiwan ini yang akan menjadi topik bicarawara saya kali ini. 
Tapi temanya saya ambil dari gambar-gambar ini. Memandang  semula gambar-gambar ini, tercuit minda saya pada beberapa peristiwa yang saya lalui sepanjang beberapa bulan kebelakangan ini. Banyak mengisi ruang hidup saya menjangkau usia saya 40 tahun. 
Ada yang molek, ada yang pelik, tak kurang juga yang jelik; tapi bagi saya semuanya MENARIK.

KIita dijadikan oleh Maha Pencipta berpasang-pasangan. ( biasa  didengar… sangat biasa…)
Tapi adakah kita betul-betul memahaminya? Saya bawakan dua peristiwa ini..dengan izin.


Peristiwa 1:
Anak murid saya (perempuan) telah mendirikan rumah tangga dengan pasangannya  baru-baru ini, pasangan ini berusia 20 tahun. Berkawan dari sekolah rendah berakhir dijinjang pelamin. (pernah terbaca surat cinta mereka sewaktu spot check dulu…) 
Bermula dengan CINTA MONYETkata saya
Berakhir dengan CINTA GORILAkata pengantin lelaki …MENARIK?


*tak de dakwa dakwi yea Z&MR; kita dah bincang*

Peristiwa 2:
Anak murid saya (juga perempuan) mendirikan rumah tangga pada minggu pertama cuti sekolah.
Bila membaca SMS JEMPUTAN (..trend sekarang…) terkejut bila melihat nama pasangannya. 
Bukan seperti yang saya jangkakan. Ke mana perginya orang yang sepatutnya bergandingan dengannya di pelamin abadi itu? Walhal…sebelum ini mereka sangat popular berduet ke mana sahaja. 
Dari sekolah menengah rendah lagi…khabarnya…suka bergosip dengan si pengantin perempuan.
Saya mengusik dgn reply sms jemputan dengan Where is ur mr right?
 His gone with d wind..” jawab pengantin perempuan ini…MENARIK?

*tak de dakwa dakwi yea NZ&WAQ; dengan izin*


Dua PERISTIWA dalam TEMA yang sama. 


Kepada kedua pasang mempelai saya doakan kebahagian dan kesejahteraan buat kamu dalam melayari bahtera berumahtangga. 
Pelbagai warna dan rasa akan kalian tempoh. 
Kanan tidak sempurna tanpa yang kiri.
Kiri takkan lengkap tanpa yang kanan.
Amanah sama-sama kalian junjung.
Hormat sama-sama kalian kendung.


Ada pasangan suka sama suka. Pasti bahagia jika betul jalan dan caranya.


Ada pasangan saudara mara yang kenalkan. Syukur masih ada saudara mara yang mengambil berat, dan bukan pandang berat.


Ada pasangan ibu ayah yang carikan (semua anak perempuan Hj Jalaludin & Hjh Samiah), Insyallah kami bahagia dengan restu kedua orang tua. Itu yang paling utama. (Pesan ibu saya).



Akhirnya;

Apa pun JODOH bukan di tangan kita.
Tapi tak salah kita berdoa supaya si dia, atau si polan akan menjadi JODOH kita.
Kita pun jangan lupa…

"Di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ia menjadikan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri untuk kamu tinggal tenteram di sampingnya dan dijadikan di antara kamu kasih sayang dan belas kasihan. Semuanya itu menjadi tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir. "
(ar-Ruum:21)

sekian

*angkara tak tau nak buat apa..*