duduk sama rendah...
berdiri sama tinggi...
Ketika sibuk menulis buku teks KSSR: Dunia Sains dan Teknologi Tahun 2,(sudah berada di sekolah seluruh Malaysia dan akan digunapakai oleh anak-anak tahun 2/2012) saya berkesempatan untuk ke sebuah ladang ternakan di Semenyih.( atas bukit on the way ke Tesco Semenyih).
Tujuan utama untuk mengambil gambar haiwan-haiwan yang akan saya jadikan subjek bagi penulisan saya.
Saya titipkan di sini beberapa keping gambar yang menarik perhatian saya.
terima kasih adah kerana snap pictures ini.
Bukanlah haiwan-haiwan ini yang akan menjadi topik bicarawara saya kali ini.
Tapi temanya saya ambil dari gambar-gambar ini. Memandang semula gambar-gambar ini, tercuit minda saya pada beberapa peristiwa yang saya lalui sepanjang beberapa bulan kebelakangan ini. Banyak mengisi ruang hidup saya menjangkau usia saya 40 tahun.
Ada yang molek, ada yang pelik, tak kurang juga yang jelik; tapi bagi saya semuanya MENARIK.
KIita dijadikan oleh Maha Pencipta berpasang-pasangan. ( biasa didengar… sangat biasa…)
Tapi adakah kita betul-betul memahaminya? Saya bawakan dua peristiwa ini..dengan izin.
Peristiwa 1:
Anak murid saya (perempuan) telah mendirikan rumah tangga dengan pasangannya baru-baru ini, pasangan ini berusia 20 tahun. Berkawan dari sekolah rendah berakhir dijinjang pelamin. (pernah terbaca surat cinta mereka sewaktu spot check dulu…)
“Bermula dengan CINTA MONYET” kata saya…
”Berakhir dengan CINTA GORILA” kata pengantin lelaki …MENARIK?
“Bermula dengan CINTA MONYET” kata saya…
”Berakhir dengan CINTA GORILA” kata pengantin lelaki …MENARIK?
*tak de dakwa dakwi yea Z&MR; kita dah bincang*
Peristiwa 2:
Anak murid saya (juga perempuan) mendirikan rumah tangga pada minggu pertama cuti sekolah.
Bila membaca SMS JEMPUTAN (..trend sekarang…) terkejut bila melihat nama pasangannya.
Bukan seperti yang saya jangkakan. Ke mana perginya orang yang sepatutnya bergandingan dengannya di pelamin abadi itu? Walhal…sebelum ini mereka sangat popular berduet ke mana sahaja.
Dari sekolah menengah rendah lagi…khabarnya…suka bergosip dengan si pengantin perempuan.
Saya mengusik dgn reply sms jemputan dengan “ Where is ur mr right?”
Bukan seperti yang saya jangkakan. Ke mana perginya orang yang sepatutnya bergandingan dengannya di pelamin abadi itu? Walhal…sebelum ini mereka sangat popular berduet ke mana sahaja.
Dari sekolah menengah rendah lagi…khabarnya…suka bergosip dengan si pengantin perempuan.
Saya mengusik dgn reply sms jemputan dengan “ Where is ur mr right?”
“ His gone with d wind..” jawab pengantin perempuan ini…MENARIK?
*tak de dakwa dakwi yea NZ&WAQ; dengan izin*
Dua PERISTIWA dalam TEMA yang sama.
Kepada kedua pasang mempelai saya doakan kebahagian dan kesejahteraan buat kamu dalam melayari bahtera berumahtangga.
Pelbagai warna dan rasa akan kalian tempoh.
Kanan tidak sempurna tanpa yang kiri.
Kiri takkan lengkap tanpa yang kanan.
Amanah sama-sama kalian junjung.
Hormat sama-sama kalian kendung.
Ada pasangan suka sama suka. Pasti bahagia jika betul jalan dan caranya.
Ada pasangan saudara mara yang kenalkan. Syukur masih ada saudara mara yang mengambil berat, dan bukan pandang berat.
Ada pasangan ibu ayah yang carikan (semua anak perempuan Hj Jalaludin & Hjh Samiah), Insyallah kami bahagia dengan restu kedua orang tua. Itu yang paling utama. (Pesan ibu saya).
Akhirnya;
Apa pun JODOH bukan di tangan kita.
Tapi tak salah kita berdoa supaya si dia, atau si polan akan menjadi JODOH kita.
Kita pun jangan lupa…
"Di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ia menjadikan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri untuk kamu tinggal tenteram di sampingnya dan dijadikan di antara kamu kasih sayang dan belas kasihan. Semuanya itu menjadi tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir. "
(ar-Ruum:21)
sekian
*angkara tak tau nak buat apa..*