yea lah tu

Ahad, 23 Januari 2011

Anak Sulong Saya

Selepas SPM anak sulong saya merengek minta diberi peluang mengikut jejak langkah rakan2nya bekerja memandangkan bulan september baru panggilan masuk ke IPT. Saya hanya akan menghantarnya mengambil lesen memandu sahaja. Bukan  sengaja tak izinkan dia bekerja, tapi ada sebab yang paling utama adalah untuk memberi ruang dan peluang mendekati adik2nya, menghayati budaya dalam rumah saya...


Anak yang tinggal di SBP ni budayanya dibentuk dengan budaya rakan sebaya. saya tak tahulah pandangan ibu bapa yang lain. apa yang saya lihat anak saya ni lebih suka menyendiri dengan dunia dia, melayan segala gadget IT yang ada di rumah...lantas saya dan suami mengambil langkah awal dengan menghalang anak saya bekerja dan biar lebih rapat dan mesra dengan adik2nya yang lain. keakraban itu perlu saya wujudkan supaya dewasa kelak tak lah seorang ke timur dan yang lain2 ke barat....jadilah peranan saya dan suami.


Oleh kerana anak sulong saya ni, suka mengambil gambar dan berpossing hingga di depan tandas pun masih berposing, saya galakkan dia menulis buku kanak-kanak..gunakan gambar2 yang telah diambil. tak sangka pula dia setuju setelah berbalas pantun dengan hebatnya  di dapur tadi. 


Moral of the story, kadang2 kena juga bertegas dengan anak remaja....macam maian layang-layang, ada ketika saya tarik kuat, ada kala saya lepas tinggi, ada kalanya biar ia melayang....