petang tadi setelah habis berbincang mengenai projek penulisan buku dengan cikgu iskandar seorang bekas guru yang menjadi penulis sepenuh masa, saya dan anak sulong saya terus ke BBB. buat cermin mata. kereta parking betul2 depan kedai kerana hujan sangat lebat. bila kaki melangkah masuk ke kedai cermin mata, saya disambut oleh seorang adik. Lembut orangnya, cantik wajahnya, bersih dengan bulu mata yang melentik. kagum bila melihat wajahnya yang bersih dari sebarang jerawat. saya dan anak saya buat cermin mata baru. yang lama dah tidak sesuai langsung dipakai.
sedang seronok memilih bingkai dan bersembang saya terus bertanya macam mana adik manis ini menjaga kulit wajahnya.., sementara menunggu giliran anak saya diuji penglihatannya di dalam bilik....sembang punya sembang saya terus ambil nombor HP adik manis ini. Pandai berdandan rupanya, part time job mak andam. Hebat sungguh! saya tumpang bangga dan kagum kalau ada anak muda yang pandai mencari wang sendiri dengan kelebihan yang ada....
"akak pernah tengok cerita SUTUN?" itu pertanyaan adik manis ini. saya memang ikuti cerita tu. SUTUN dan SUTUN 2. cerita mengenai lelaki lembut... "ceritu itu, macam cerita saya. teruk saya kena pukul dengan ayah saya" saya hanya tenangkan adik manis ini. bagi saya tak kisahlah dia macam mana sekali pun asalkan pandai mengambil hati ibu ayah, hormat orang tua, jaga solat cukuplah...adik manis ni pernah kena hina dengan pelanggan yang datang ke kedai cermin mata tu...kesian pulak saya dengar.
sekali saya fikirkan tak ada salahnya adik manis tu. bukan dia minta pun jadi begitu. dan adik manis ni buka bapuk atau mak nyah yang kita selalu tengok tu...bapuk atau mak nyah ni adalah lelaki yang memang suka buat-buat tingkah laku perempuan. dengan suara yang di kepit-kepit. cara jalan yang saja dilengang lenggok ala-ala gerudi si inul tu..tak tahu kenapa masyarakat selalu pandang serong pada orang seperti adik manis ni.
pada pandangan saya lelaki lembut seperti adik manis ni ada dua jenis. satu cenderung kepada kecantikan wajah dan hiasan diri manakala satu lagi cenderung ke arah kemahiran memasak dan menghias rumah serta menggubah bunga. sekali saya fikir, kedua2 kecenderungan yang ada pada lelaki lembut ini saya tidak miliki jadi mengapa kita harus memandang mereka sebelah mata?