yea lah tu

Sabtu, 8 September 2012

Amanat Terakhir Ibu...


Dalam TIGA ada EMPAT...
Jika BERKEHENDAK pasti DAPAT

Pagi tadi 7 September 2012, setelah anak-anak usai membaca yassin, seorang ibu telah menyampaikan amanat terakhirnya. Ibu ini sangat mengambil berat tentang anak-anaknya yang akan menduduki peperiksaan. 





Anak-anak khusyuk mendengar. 


Mereka faham apa yang cuba ibu sampaikan.






Dengan tekun mereka mendengar kata nasihat dan amanat ibu.



Ibu sangat mengharapkan kejayaan 229 anak-anaknya.

Amanat ini juga turut menarik perhatian ibu-ibu dan ayah yang lain.


 
 



Mereka juga mengharapkan kejayaan anak-anak ini. 
Malah di tangan ibu-ibu inilah mereka dibelai dan dijaga. 




Setelah selesai amanat akhir ibu,ibu tiri ini pun memberikan taklimat ringkas aktiviti hari ini.




Mahu tak mahu  anak-anak kenalah ikut kehendak ibu tiri ini. 

Kerahan tenaga pun bermula.






Tidak kurang juga ibu-ibu tiri yang lain turut serta mengarah itu dan ini.



Tapi anak-anak tak kisah kena marah....
....sebab mereka suka kena marah...
....sebab mereka tahu MARAH TANDA SAYANG...











Tak cukup dengan anak-anak,  tukang kebun sekolah pun kena kerah sama....




Semua ini berlaku kerana ANAK-ANAKKU...CALON UPSR 2012...


SEMOGA BERJAYA. AMIN



"YOU ARE IN GOOD HANDS"kata Puan Rosnah Binti Hamzah, 
Guru Besar SK Jalan Enam kepada calon upsr 2012.


Khamis, 6 September 2012


Ada kasih minta dibelas...
Ada ilmu minta diikhlas...

Alhamdulillah…

Selesai sudah Majlis Solat Hajat Dan Restu Ilmu di SK Jalan Enam tepat jam 10.00 malam sebentar tadi. Solat Hajat ini diadakan di foyer sekolah dan tiga buah khemah tambahan telah di sewa khas untuk jemaah yang selebihnya.

Tahniah diucapkan kepada Panita Agama Islam yang terdiri daripada ustaz dan ustazah yang hebat yang diterajui oleh Cik Zaharah.

Imam solat hajat yang dijemput merupakan Imam di sebuah Masjid di Petaling Jaya. Muda dan kacak orangnya. Maaflah nama tak disertakan di sini maklum tak berapa nak focus tadi. 

Menjadi jurukamera yang tidak bertauliah memang selalu lebih sudu dari kuah…

Jemaah yang hadir lebih kurang 400 orang…ibu ayah dan anak-anak yang hadir di dahului dengan ucapan tahniah kerana inilah usaha akhir kita demi kejayaan anak-anak. Tak kurang juga yang menitiskan air mata terharu.
ibu bapa di foyer 

KA yang bersuara lunak

anak-anak di khemah

Usaha + Doa = Tawakal + Rehda

(dulu-dulu zaman sekolah menengah suka tulis ayat atas ni…tampalkan kat locker dorm siap colour-colour lagi…masa tu rasa dah cukup hebat..)

Beginilah lumrahnya, selepas diasak, disuap, disesah segala usaha yang kami lakukan demi anak-anak bangsa akhirnya disimpulkan dengan memohon restu ilmunya.

Macam-macam karenah anak-anak yang ingin menjadi remaja ini kami hadapi…
Yang pahit…
Yang manis…
Yang menarik…
Yang menggembirakan…
Tak kurang juga …
Yang memualkan…

Akhirnya semuanya dimaafkan, diikhlaskan …demi masa depan anak-anak ini.

Ayah mohon maaf dari guru…

Ibu mohon maaf dari guru…

Anak-anak didik memohon maaf dari ibu…

Guru juga memohon maaf dari ayah dan ibu anak-anak didik mereka.

Saling bermaafan. Saling mengikhlaskan. Saling merehdakan.
Memang sayu suasana.

Mudah-mudahan Allah swt perkenankan hajat dan doa kita semua. Amin.

***Bagi saya kecemerlangan itu bukan diukur berapa banyaknya jumlah calon UPSR 5A anak didik saya……tetapi kecemerlangan yang total ialah dengan lengkapnya akal budi mereka yang hebat suatu hari nanti. InsyAllah.

Selasa, 4 September 2012


SEDETIK DI AMBANG UPSR 2012

Semakin dekat peperiksaan ini. Semakin terasa debaran rasa hati. Mungkin ini kali pertama memegang amanah sebagai penyelaras aliran tahun 6. 229 orang calon UPSR SK Jalan Enam yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada 11/9 hingga 13/9 ini. Pelbagai program telah dijalankan sebagai usaha untuk meraih kejayaan. Pahit manis dari segala penjuru dilalui. Semua itu menjadi sebahagian pengalaman hidup saya. Menjadi panduan dan sempadan pada langkah masa hadapan.

Kerjaya saya sebagai guru sekolah rendah yang sentiasa dikelilingi oleh anak-anak berusia 7-12 tahun membuatkan terkadang saya rasa usia saya terhenti bersama usia kanak-kanak ini. 
( terasa sentiasa muda…cakap biar terang yea tak?)

Saya amat mengharapkan doa restu dari rakan taulan agar turut mendoakan kejayaan mereka.
Dari kepelbagaian latar belakang dan budaya keluarga, mereka disatukan di bawah satu bumbung. Sudah pasti beraneka ragam ceritera yang timbul. Saya dengan rasa rendah diri mewakili anak-anak ini memohon kemaafan kepada semua ibu bapa mereka, guru-guru mereka sekiranya anak-anak saya ini ( 229 orang) menguris hati dan menjeruk rasa. Halalkan makan minum mereka. Halalkan ilmu guru-guru yang  lama dan terbaharu. Sejak mereka mulai mengenal huruf hinggalah boleh membaca, menulis dan mengira.

Kepada rakan-rakan guru yang sama-sama sebahtera dan senakhoda terima kasih di atas kerjasama yang amat padu tanpa berbelah bagi turut menggembeleng tenaga mendidik mereka dan menjayakan segala program yang telah dirancang bersama. Semoga Allah swt jua membalas budi kalian.

guru kelas tahun 6, 2012

guru-guru mata pelajaran tahun 6, 2012
IKHLAS
PENYELARAS TAHUN 6/2012
SK JALAN ENAM