yea lah tu

Selasa, 4 September 2012


SEDETIK DI AMBANG UPSR 2012

Semakin dekat peperiksaan ini. Semakin terasa debaran rasa hati. Mungkin ini kali pertama memegang amanah sebagai penyelaras aliran tahun 6. 229 orang calon UPSR SK Jalan Enam yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada 11/9 hingga 13/9 ini. Pelbagai program telah dijalankan sebagai usaha untuk meraih kejayaan. Pahit manis dari segala penjuru dilalui. Semua itu menjadi sebahagian pengalaman hidup saya. Menjadi panduan dan sempadan pada langkah masa hadapan.

Kerjaya saya sebagai guru sekolah rendah yang sentiasa dikelilingi oleh anak-anak berusia 7-12 tahun membuatkan terkadang saya rasa usia saya terhenti bersama usia kanak-kanak ini. 
( terasa sentiasa muda…cakap biar terang yea tak?)

Saya amat mengharapkan doa restu dari rakan taulan agar turut mendoakan kejayaan mereka.
Dari kepelbagaian latar belakang dan budaya keluarga, mereka disatukan di bawah satu bumbung. Sudah pasti beraneka ragam ceritera yang timbul. Saya dengan rasa rendah diri mewakili anak-anak ini memohon kemaafan kepada semua ibu bapa mereka, guru-guru mereka sekiranya anak-anak saya ini ( 229 orang) menguris hati dan menjeruk rasa. Halalkan makan minum mereka. Halalkan ilmu guru-guru yang  lama dan terbaharu. Sejak mereka mulai mengenal huruf hinggalah boleh membaca, menulis dan mengira.

Kepada rakan-rakan guru yang sama-sama sebahtera dan senakhoda terima kasih di atas kerjasama yang amat padu tanpa berbelah bagi turut menggembeleng tenaga mendidik mereka dan menjayakan segala program yang telah dirancang bersama. Semoga Allah swt jua membalas budi kalian.

guru kelas tahun 6, 2012

guru-guru mata pelajaran tahun 6, 2012
IKHLAS
PENYELARAS TAHUN 6/2012
SK JALAN ENAM