yea lah tu

Ahad, 10 Oktober 2010

SIMPATI SANGAT

sejak akhir ramadhan dan sepanjang bulan syawal ni berita yang mencuri perhatian saya ialah kes pembunuhan kejam seorang jutawan wanita melayu dan tiga orang yang lain...sedih ada, marah pun ada...walapun masih dalam siasatan saya rasa kesal dengan cara mereka dibunuh (kalaulah seperti yang dilaporkan dalam akhbar itu benar2 berlaku...) kemudian satu persatu kes lain timbul..ramai rupanya orang2 kaya yang hilang....
satu lagi berita yang terkini...seorang isteri terpaksa kehilangan suami dan segala2nyer dengan hanya menanda tangani surat yang dikatakan serah kuasa menjalankan perniagaan kerana ketiadaan suami ketika itu....sebiji macam cerita2 dalam astro 112/zee...kat situ banyak cerita yang macam ni...rupa2nya apa yang ditayang kat tv tu memang ada berlaku kat reality life...tak tau lah sama ada penonton yang terikut2 cerita tu atau cerita tu yang ambil pengalaman yang dilalui oleh penonton lalu dijadikan cerita. simpati betul dengan si isteri tu....tapi tak pe...dalam semua cerita tu semua yang jahat akan pasti akan mendapat balasannya...kita doakan semuanya akan dapat diselesaikan dengan segera...semoga semua kelurga magsa yang terlibat diberikan kekuatan oleh Tuhan...

.....teringat masa mula2 jadi cikgu dulu..ajar menulis karangan tajuk Kepentingan Menuntut Ilmu murid tahun 4...antara isi penting yang saya tulis ialah : supaya tidak mudah tertipu oleh orang lain....