setelah didesak oleh dikpul untuk melihat facebook yang dah agak lama tak diaktifkan, maka baru ni ada kekuatan untuk buka. punyalah ramai sahabat handai dan anak2 murid di situ...maaf banyak2 saya mohon....
dah saya confirmkan semuanya...tak ada satu pun miss out...
salam ramai2 itu saya berjumpa dengan seorang rakan yang sama2 sekolah rendah dulu. dari darjah 1 hingga 6 satu kelas. Asiah Abdul Rahman....kalau seingat saya kecil molek sahaja orangnya....berita pertama yang saya dimaklumkan oleh nya...dia cancer payu dara...tersirap darah mendengar rakan seusia saya menanggung penyakit itu...di kesempatan ini saya ingin berkongsi rasa dengan Asiah...jagan sesekali awak rasa putus asa. semua itu ada hikmahnya...Allah Swt tak akan menguji hambanya jika hambanya tak mampu menghadapinya...
sentiasalah berfikiran positif ya...saya akan sentiasa bersama Asiah menemani awak di layar maya ni....
sayang awak Asiah....