tekak kering jadi ke kantin beli milo ais( cari pasal....) jumpa kak No dan shahrul..(kembar tak langsung seiras...) sembang sikit...timbullah topik cikgu rozairi ni...mereka puji...tak ramai cikgu lelaki yang berjiwa cikgu...shshrul menambah...dia muda.... bujang....Tapi sebenarnya kalau nak tengok guru yang berjiwa guru ni bukan tengok muda, bujang...
cikgu rozairi zakaria yang saya kenali ni memang bagus dijadikan contoh pada semua guru alaf baru...serba serbi rajin. mengajar tip top. kelas tambahan sukarela sabtu dan ahad dibuatnya. budak tak sempat sarapan ada air minumnya, kalau mengajar memang boleh kita dengar nada ikhlasnya...apa kerja bagi jarang nampak ditolak...boleh saja bagi dia.
contoh hari ni slot 1 pull hingga 9.30pg, dia terus masuk kelas hingga 10.30pg nanti. rehat 20 minit pull lagi slot 2 10.50pg hingga 12.50tgh.
saya sendiri pun dah rasa nak terpancit...tapi rozairi ligat lagi...setakat lembaran kerja tak pernah sekali klim kalau photostat diluar....alasan dia...tak jadi miskin pun setakat ni kalau photostat untuk anak murid....tak macam sesetengah cikgu photostat tak sampai 10 keping tapi riuh satu kampung tuntut klim...(maaf lah sapa yang terasa hati tu...)
apa yang saya nampak keihlasan melakasanakan sesuatu amanah tu sangat penting. tambahan kita cikgu2 ni yang kerjanya membina modul insan.